Sunday, 19 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Tribunal Cases Kuasa TTPM, TTPR sudah memadai
Kuasa TTPM, TTPR sudah memadai PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:53

Kosmo - 23 February 2006

KUALA LUMPUR – “Kuasa yang ada sudah memadai.”

Demikian reaksi Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penguna, Datuk, S. Veerasingam mengenai cadangan beberapa persatuan penguna agar kuasa Tribunal Tuntutan Penguna Malaysia (TTPM), Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) ditambah.

Menurutnya, Syeksen 117, Akta Perlindungan Pengguna 1999 memperuntukan kuasa yang secukupnya kepada TTPM untuk memastikan setiap keputusan atau award dipatuhi.

Sebaliknya, Veerasingam menjelaskan kementeriannya kini menekankan kepada penguatkuasaan pelaksanaan award tersebut yang diakuinya agak longgar.

“Walaupun kes ingkar award cuma lima peratus, tapi kami ambil serius perkara ini,” katanya ketika dihubungi KOSMO! semalam.

Laporan KOSMO! Ahad lalu memdedahkan, kuasa TTPM dan TTPR seakan-akan diperlekehkan kerana ada perniaga dan syarikat mengendahkan award yang di keluarkan kedua-dua tribunal itu.

Justeru itu, beberapa persatuan meminta supaya kuasa TTPM dan TTPR ditambah bagi memastikan award yang dikeluarkan kedua-dua tribunal itu tidak diingkari sewenang-wenangnya.

Sementara itu, Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan and Kerajaan Tempatan (KPKP), Dr. S Subramaniam turut meminta supaya pembeli rumah yang mengadu kepada TTPR tidak gusar kerana tribunal tersebut dilindungi oleh Akta Pemajuan Perumahn(Kawalan dan Perlesenan) 1996.

Malah, beliau menyifatkan kes ingkar award TTPR cuma kes terpencil kerana hanya kebanyakanya dipatuhi.“Hanya 15 pemaju sahaja yang didakwa di makamah kerana ingkar award,” katanya.