Sunday, 19 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Tribunal Cases Wakil agensi perkejaan berjaya ketepikan award.
Wakil agensi perkejaan berjaya ketepikan award. PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:52

KUALA LUMPUR – Kejayaan Agensi Perkerjaan K-Maju Sdn.Bhd. memberi bukti sahih untuk menangkis fakta pendakwaan penuntut membolehkan agensi tersebut mengetepikan award 10 Februari lalu dalam pembukaan semula kes tersebut semalam.

Agensi perkerjaan tersebut yang diwakili Eksekutif Pemasaran, Ng Kim Hoong 43, dan Low Chin Ni 36, berjaya menyakinkan Presiden Tribunal Jailani Rahman bahawa agensi bertangungjawab tidak seperti yang didakwa Tiu Chee Soon, 32.

Jailani juga berpuas hati dengan alasan ketidakhadiran mereka pada sesi pembicaraan lepas bertujuaan untuk mengumpul buti pembelaan. Oleh itu Jailani memutuskan untuk mendengar semula kes tersebut sekali gus mengetepikan award yang dikeluarkan sebelum ini.

Dalam kes Tiu Chee Soon melawan Agensi Perkerjaan K-Maju Sdn. Bhd. Pada 10 Februari lalu, Jailani telah mengarahkab Agensi Perkerjaan K-Maju memgembalikan semula bayaran RM 5,600 kepada Chee Son dalan jangka masa 14 hari.

Menurut Kim Hoong, Chee Soon dari Bandar Sungai Long Kajang telah mengunakan perkhidmatan pembantu rumah daripada agensinya pada 27 Julai lepas.

Bagaimanapun kira-kira dua bulan selapas itu, Chee Soon Telah memulangkan semula pembantu rumah Meeyzatulzahura Rosly, 25, kepada agensi tersbut dengan alasan penbantu rumah baru sebagai ganti.

Namun, Chin Ni memberitahu Jailani, hasil siasatan mereka ke atas  Meeyzatulzahura nemdapati terdapat kesan penderaan fizikal dan mental berdasarkan keterangan mangsa dan kesan luka dan lebam pada mata, bibir, tangan, and kaki.
 
Oleh itu, agensi tersebut enggan memberipembantu rumah baru sebagai ganti selain meminta tuntutan balas Rm5000 kepada Chee Soon sebagai kos membiayai perubatan Meeyzatulzahura.