Sunday, 19 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Tribunal Cases Kecewa LCD telefon baru tidak berfungsi
Kecewa LCD telefon baru tidak berfungsi PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:51

KOSMO - 10 OGOS 2006

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar kolej swasta di sini Loe Nai Quen, 19, membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia  (TTPM) apabila dia mendapati liquid Crystal  Display (LCD) telefon bimbitnya tidak berfungsi.

Pada  15 April lallu pelajar iu memberitanu , dia membeli sebuah telefom bimbit jenama Sony Ericson W800I  di kedai J&E Phone Shop di Pandan Indah di sini.

Dia juga mendapat jaminan daripada Syarikat Phone Care Enterprise.  Katanya, selepas dua minggu digunakan, telefon yang dibeli dengna harga RM1,180 itu mengalami kerosakan LCD tidak berfungsi.  Pada awalnya, Nai Quen menyangka kerosakan itu disebabkan gangguan luar kerana kawasannya  ketika itu tidak mempunyai liputan yang baik.  Apabila berurusan dengan pihak Phone Care Enterprise berikutan masih dalam tempoh jaminan, namun dia tidak dilayan baik.

Kata Nai Quen , juruteknik syarikat itu enggan membaikinya kerana LCD tiada dalam senarai jaminan dan itu termaktub dalam kad jaminan semasa pelanggna membeli telefon.  Pihak penentang turut menjelaskan, syarikat J&E  bukan pelanggan syarikat mereka dan minta dia berurusan terus dengan tempat dia membeli telefonnya itu.

Setelah meneliti kedua-dua keterangan dan bukti yang yang dibawa  atas tolak ansur kedua-dua  pihak , Presiden TTPM, Jailani  Abdul Rahman yang memuaskan hati kedua-dua pihak.  Pihak penentang diarahkan membayar perisian telefon pihak yang menuntut dalam masa tiga hari dari tarikh arward.

Jika LCD, mengalami kerosakan, penentang hendaklah menggantikan LCD dalam masa tiga hari dari tarikh penuntut menyerahkan telefon dengan kos ditanggung sama rata ( 50-50)