Sunday, 19 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Tribunal Cases KOSMO - Tetap menang walaupun kes kecil
KOSMO - Tetap menang walaupun kes kecil PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:51

KOSMO - 11 AUGUST 2006

KUALA LUMPUR – Walaupun jumlah tuntutan anda sedikit, tidak perlu gusar  kerana ia tetap dipertimbangkan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).Itulah yang berlaku terhadap seorang pengadu, Norfeal Erie Nazir 30, yang menuntut hanya RM32.70 daripada pusat beli. Itulah yang berlaku terhadap seorang pengadu, Norfeal Erie Nazir 30, yang menuntut hanya RM32.70 daripada pusat beli belah Mydin cawangan Kajang dan dia menang dalam kesnya itu.   

Semasa memberi keterangan di tribunal, Norfeal Erie memberitahu , pada 3.14 petang 14 Jun lalu dia pergi ke pusat beli belah tersebut untuk membeli mentol lampu kalimantang jenis tootile serial.  Dia telah membeli tiga biji lampu yang setiap satunya berharga RM 10.90.   Namun semasa membuat pengujian terhadap ketiga-tiga lampu tersebut setelah sampai di rumah, saiz lampu itu didapati tidak sama dengan soket lampu.  Justeru, dia pergi semula ke pusat beli belah itu untuk menukar atau menggantikan barangan yang sama tetapi permintaannya ditolak.  

Norfeal Erie yang merupakan seorang kerani akaun tidak berpuas hati kerana dalam resiti pembelian jelas tertera pernyataan “ Boleh di tukar Dalam Masa tiga hari Dari Tarikh pembelian”.  Setelah meneliti keterangan penuntut, Presiden TTPM, Yang  Zaimey Yang Ghazali mengarahkan Mydin cawangan Kajang membayar RM 32.70 kepada penuntut dalam masa 14 hari dari tarikh award dikeluarkan.