Sunday, 19 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Tribunal Cases Kosmo - SITI DAPAT SEMULA RM 619
Kosmo - SITI DAPAT SEMULA RM 619 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:48

 Kosmo - 8 September 2006

Kuala Lumpur - Masalah kesihatan yang kerap menimpa Siti Hajar Ahmad Tarmizi 19, menyebabkan dia hilang punca pendapatan.  Ia sekali gus menyebabkannya gagal melangsaikan baki hutang set pembelajaran bahasa Inggeris Linguaphone yang dibelinya April lalu. Oleh kerana mahu mendapatkan semula wang RM 619 bagi set Linguaphone itu, Sit Hajar menfailkan kesnya untuk perbicaraaan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ( TTPM)

Dalam hujahnya di hadapan Presiden TTPM, Yang Zaimey Yang Ghazali, Siti ajar memberitahu, dia sedang berusaha meningkatkan penguasaan bahasa nggeris dan ia mendorongnya membeli set pembelajaran melalui syarikat Linguaphone berharga RM 2,098.  Untuk itu, dia perlu membayar ansuran RM 150 ebulan sehingga bulan ke 18, jumlah bayaran Siti Hajar sudah mencecah RM 19.

Namun, malang tidak berbau kerana secara tiba-tiba dia jatuh sakit sampai terpaksa berhenti kerja.  Siti Hajar tidak mampu berbuat apa-apa dan erpaksa korbankan banyak perkara termasuk memulangkan kembali set peralatan pembelajaran itu serta merta sambil menuntut  wang yang telah dibayarnya (RM619) dipulangkan atas alasan dia belum menggunakan set itu lagi.

alam penghakimannya, Yang Zaimey mengarahkan Linguaphone membayar tuntutan enuh Siti Hajar berjumlah RM619 dalam masa 14 Hari dari tarikh award ikeluarkan.