Sunday, 19 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Tribunal Cases Kosmo : GORES DAN MENANG KES PALING TINGGI
Kosmo : GORES DAN MENANG KES PALING TINGGI PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:48

Kosmo : 18 september 2006

KUALA LUMPUR – Tribunal Tuntut Pengguna Malaysia ( TTPM) 

Semalam  mengumumkan 3,528 kes difailkan sehingga 30 Jun tahun ini dengan aduan gores dan menang paling banyak di terima.  Kes itu sahaja melibatkan 718 aduan, demikian  kata Presiden TTPM , Rungit Singh semalam ketika dihubungi semalam.

Katanya, kes lain turut banyak difailkan ialah penipuan kereta dan barangan elektrik.  “ Saya dapat kesimpulan tahap kesedaran pengguna masih lemah dan kurang bijak untuk buat pilihan yang tepat,”  katanya.  

Dalam perkembangan  sama, Rungit berkata, bagi kategori aduan difailkan terhadapa perkhidmatan, syarikat yang mengelolakan  pakej percutian paling banyak dilapor melakukan penipuan .  Pengguna merungut sudahlah caj mahal, servis amat menyedihkan selain penerbangan dan penginapan yang tidak selesa,”  ujarnya.

Ditanya tindakan susulan yang bakal dilakukan oleh TTPM terhadap segala aduan yang difailkan, Rungit berkata:  “ Seperti biasa, kita keluarkan award  yang perlu di patuhi dalam masa 14 hari  dari tarikh award dikeluarkan. Jika ingkar, rekod mereka akan dihantar ke bahagian Unit Pengaduan Awam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.” 

Menurut Rungit, kegagalan mereka mematuhi  award akan menyaksikan syarikat disenaraikan  hitamkan.