Sunday, 19 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Tribunal Cases Kosmo ; HAJAT GUNA PERIUK BARU TERTANGGUH
Kosmo ; HAJAT GUNA PERIUK BARU TERTANGGUH PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:46

Kosmo : 21 August 2006

Kuala Lumpur –  Walaupun telah membayar ansuran selama dua tahun untuk memiliki periuk mahal baru, namun  impian Seow Yeong Wei 29 untuk menggunakan terangguh kerana ia belum di beri lagi periuk itu.   Ekoran itu, Yeong Wei yang tidak puas hati dengan tindakan syarikat Allied Metalcraft Corporation Sdn Bhd, yang beroperasi di Taman Tun Dr Ismail di sini, melaporkan kes itu ke Tribunal Tuntutan  Pengguna Malaysia (TTPM) untuk mendapatkan haknya.  

Dalam hujahnya Yeong Wei memberitahu dia telah membeli set periuk yang berjenama Royal Deluxe Sofline  berharga  rm5,014 lebih dua tahun lalu.  Malah jumlah ansuran yang telah dibayar selama dua tahun itu berjulah RM 3,488 dan masih berbaki RM 1,526 lagi.  Oleh kerana dia merasaka bayarannya itu sudah memadai untuk mendapatkan set periuk idamannya itu, lau dia memghubungi Allied Metalcraft. 

Namun, permintaanya tidak dipenuhi syarikat itu tidak dipenuhi syarikat itu kerana dimaklumkan wakil syarikat itu, dia perlu menjelaskan semua baki hutang yang masih tertunggak. 

Sementara itu, hujah pembelaanya  Pengarah Allied Metalcraft , Wong Meow Loong menjelaskan, Yeong Wei sebenarnya terikat dengan skim Lay By iaitu skim bayar dahulu secara berturutan sehingga selesai sebelum dapat memiliki barang pembelian.   Oleh demikian , penuntut sepatutnya tidak mengemukan tuntutanyan sebanyak RM 3,488 yang telah dibayarnya di TTPM kerana seawal pembelian, dia telah bersetujua mengikut skim itu.  
Setelah kedua-dua pihak diberi ruang masa mengadakan perbincangan dan atas persetujuan bersama, Presiden TTPM yang Zaimy Yang Ghazali , mengeluarkan award supaya penuntut hanya membayar RM150 setiap bulan sehingga hutang berjumlah RM 1,526 selesai di bayar setelah memberitahu menghadap masalah kewangan.

Penentang pula diarahkan supaya membekalkan set periuk.