Sunday, 19 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Tribunal Cases Kosmo - Kes TTPM : REPUT SEBELUM PAKAI
Kosmo - Kes TTPM : REPUT SEBELUM PAKAI PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:44

13 August 2007

KUALA LUMPUR - Impian suri rumah, Manamalii Ramasamy, 33, untuk merasa set bilik tidur baru dan cantik punah apabila bahagian kaki dan tepi katil serta meja yang baru dibelinya reput. Lebih mengecewakan, usahanya untuk menukan set yang belumpun digunakan itu tidak diendahkan penjual. Menurutnya, kerosakan set bilik tidur yang terdiri daripada katil, almari dan meja kanak-kanak berharga RM2,500 itu dibeli pada 11 Mac lalu daripada Star Furniture Design Sdn Bhd.

"Apabila saya buka bungusan rak katil, saya dapati kaki telah reput, begitu juga dengan meja kanak-kanak," jelasnya. Beliau yang tidak puas hati kemudiannya mrnghubungi kedai berkenaanmeminta set itu ditukar, namun diberitahu kerosakan itu akan diperbaiki, tetapi tidak boleh ditukar. "Saya kecewa kerana tak sempat lagi guna set perabot itu dah reput dan bagaimana nasib anak-anak sekiranya saya tak mengetahui perkara itu?" soalnya dalam hujah tuntutan dihadapan Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), Johari Hassan.
Sementara itu, dalam hujah balas wakil Star Furniture Design menjelaskan, pihaknya hanya bersedia untuk menggantikan bahagian yang reput sahaja dan tidak akan menggantikan set yang baru. "Kami dah bagi servis yang terbaik seperti menghantar beberapa orang pekerja untuk memeriksa set perabit yang didakwa reput oleh penuntut. "Kami juga tak akan kenakan sebarang caj tambahan andai penuntut bersetuju sekiranya kami memperbaiki bahagian yang reput sahaja," katanya. Setelah meneliti hujah kedua-dua pihak, Johari memutuskan supaya penentang membayar RM2,500 kepada penuntut dalam masa 14 hari dari tarikh award dikeluarkan dan penentang dikehendaki mengambil set bilik tidur itu.

Nota :

Pihak NCCC mengucapkan tahniah kepada penuntut kerana berani menegakkan hak beliau. Diharapkan lebih ramai pengguna tampil membuat tuntutan sekiranya mera dapati hak mereka dicabuli.