Sunday, 19 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Tribunal Cases Kes Tribunal : Bengang diberi MyVi model 2005
Kes Tribunal : Bengang diberi MyVi model 2005 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:43
Kosmo : 17 October 2007

 

Penuntut : Ong Nee Naa, 44

Penentang : WNC Motor Sdn. Bhd., Jalan Ipoh

Kes : Tuntut deposit MyVi kerana bukan kereta baru

Award : Penentang diarah bayar RM600 dalam tempoh 14 hari

KUALA LUMPUR – Gara-gara ‘terpedaya’ dengan iklan kereta Perodua MyVi 1.3 EZi tahun 2007 berharga RM42,80, seorang suri rumah, Ong Nee Naa, 44, akhirnya terkilan kerana mendakwa diberi kereta keluaran 2005.

Bukan itu sahaja, penuntut juga mendakwa dia adalah pemilik kedua kereta baru yang ditempahnya pada 2 Ogos lalu itu. Disebabkan tidak berpuas hati dengan kejadian itu, dia telah melaporkannya kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

"Saya bayar RM600 sebagai deposit kerana diyakinkan oleh penjual WNC Motor Sdn. Bhd. ia kereta baru. "Masa saya telefon nombor dalam iklan akhbar, mereka dari syarikat itu juga memberi jaminan MyVi itu baru tapi selepas diselidik ia dibuat dua tahun dulu," katanya di hadapan Presiden TTPM Ahmad Hisham Kamaruddin.

Katanya, kereta yang dihantar ke rumahnya pada 6 Ogos lalu itu juga didapati retak pada cermin dan warna sudah pudar. Lebih mengecewakan beliau, tuntutannya supaya pihak penentang memulangkan wang deposit berjumlah RM600 itu langsung tidak dilayan.

Penentang yang diwakili Khairul Raffizi Abdul Rahim, 31 menafikan pihaknya tidak berusaha memenuhi tuntutan penuntut. "Kami bawa balik kenderaan untuk diperbaiki kerana Nee Naa tidak berpuas hati malah segala urusan pendaftaran kenderaan juga kami selesaikan," katanya.

Jelasnya, penggunaan nama orang lain sebagai pemilik pertama MyVi tersebut berlaku kerana ia dibeli secara tender oleh syarikatnya sebelum dijual. "Mengikut polisi syarikat wang deposit tidak akan dipulangkan kerana ia sebagai jaminan kereta terbabit tidak ditempah pihak lain," katanya.

Setelah mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, Ahmad Hisham memutuskan penentang perlu memulangkan deposit RM600 kepada Nee Naa dalam tempoh 14 hari dari tarikh award diserahkan.