Sunday, 19 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Tribunal Cases Kosmo : Kes Tribunal : Kempunan menunggu orang gaji
Kosmo : Kes Tribunal : Kempunan menunggu orang gaji PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:42

KUALA LUMPUR - "Saya sudah bayar lebih RM6,600, namun dengan selamba agensi beritahu bahawa pembantu rumah itu, Suyati dari Indonesia belum lagi sampai di Malaysia.''

Demikian luah Leong Pak Seng, 56, sambil menegaskan alasan itu tidak masuk akal kerana hasil semakannya di Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) mendapati Agensi Pekerjaan HLZ Sdn. Bhd. telah pun membuat pemeriksaan terhadap orang gaji berkenaan.

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, Pak Seng memfailkan tuntutannya di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dengan menuntut bayaran penuh sebanyak RM6,620.

Perbicaraan yang dipengerusikan oleh Rahazlan Affandi Abdul Rahim mendengar keluhan penuntut yang memberitahu, beliau telah ke agensi tersebut di Jalan Klang Lama dan bertemu dengan seorang pekerja di situ yang dikenali sebagai Kelly.

"Saya mahu orang gaji dari Indonesia dan telah pun membuat bayaran kepadanya.

"Sebenarnya orang gaji tu sudah ada di Malaysia tapi ejen tidak bawa dia datang ke rumah saya,'' kata Pak Seng.




Dalam pada itu, tiga keping resit pembayaran bertarikh 18 Oktober 2006, 22 Februari 2007 dan 3 Mac 2007 yang dikemukakan sebagai bukti.

Pembayaran yang keseluruhannya berjumlah RM6,620 itu untuk deposit, tiket penerbangan selain levi.

Wakil penentang bagaimanapun tidak hadir dalam perbicaraan tersebut.

Justeru, dalam kes ini, Rahazlan memerintahkan Agensi Pekerjaan HLZ membayar jumlah tuntutan yang dipohon dalam masa 14 hari dari tarikh perbicaraan.