Sunday, 05 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Telecommunications Aduan : Khidmat Pelanggan Maxis tidak Memuaskan
Aduan : Khidmat Pelanggan Maxis tidak Memuaskan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 10:41

Pada akhir bulan November , saya telah pergi ke negara Belanda. Sebelum berlepas , saya telahpun melihat dalam laman web maxis tentang panggilan IDD ke negara Belanda yang berharga hanya 20 sen seminit. Mengikuti laman web, untuk mendapat kadar 20 sen seminit, hanya perlu menaip nombor '132' diikuti 00, kod negara dan sebagainya. Di laman web ini juga disyorkan olehMaxis sendiri untuk menyimpan nombor tersebut di dalam phonebook anda. Akan tetapi, bagi model telefon bimbit Sony Erricson yang saya ada, nombor nombor ini dianggap sama walaupun ada '132' ataupun tidak. Ini amat mengelirukan, terutama sekali jika anda menerima pangillan dari nombor tersebut.

Saya terkejut bila kadar pangillan saya bukan 20 sen seminit, tetapi dalam lingkugan lebih Rm2.00 seminit. Saya rasa saya tidak patut membayar kadar tersebut kerana saya telahpun mengikuti arahan dari laman web Maxis dan tidak medapat kadar yang dijanji, tetapi kadar yang 10 kali lebih tinggi.

 Saya menelefon Maxis pada awal Bulan Disember, and diberitahu bahawa Maxis akan menghubungi balik saya dalam masa 2-3 hari. Apabila tidak menerima apa-apa dari Maxis, saya memanggil semula beberapa hari kemudian dan diberitahu bahawa isu saya sedang disiasat dan Maxis akan menghubungi saya dalam masa beberapa hari. Tetapi selepas 1-2 minggu masih lagi tiada apa-apa dari Maxis. Dalam minggu-minggu ini saya telah pun menghubungi ‘helpline’ Maxis banyak kali. Akhirnya saya memanggil Maxis pada 27 haribulan Disember (lebih 3 minggu selepas panggilan pertama), dan Maxis telah janji akan panggil saya sebelum pukul 5 pada 28 haribulan Disember. Tetapi, walaupun saya menungu, Maxis tidak pun memangil saya.

2 soalannya ialah, berapa lamakah Maxis perlu menyiasat isu ini? Juga, kenapa kalau siasat betul-betul terperinci, sehingga mengambil masa 3 minggu, mengapakah Maxis tidak menghubungi saya untuk maklumat lebih lanjut?

 Buat sekarang, Bil Maxis saya sudahpun hampir tahap maximum dan Maxis telahpun hantar sms amaran untuk membayar bil ataupun talian saya mungkin dipotong. Saya memerlukan telefon bimbit saya untuk berkerja dan sebagainya, dan sikap Maxis terhadap saya mereka amat mengecewakan. Saya faham, yang saya bukan pelanggan besar atau kaya, tetapi jumlah bil saya amat tinggi bagi saya, saya telah pun menghubungi Maxis banyak kali dan setiap kali diberi janji kosong oleh mereka.

Saya harap, Tuan-Puan dapat menolong saya dalam pekara di atas. Saya hanya mahu apa yang adil, bukan panggilan percuma atau sebagainya, tetapi apa yang dijanjikan kepada saya iaitu kadar 20 sen seminit bagi panggilan IDD.

Maklumat Peribadi Penguna Dirahsiakan

NCCC