Sunday, 05 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Telecommunications Aduan : Penjualan Lelong Melalui SMS Rugikan Pengguna
Aduan : Penjualan Lelong Melalui SMS Rugikan Pengguna PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 10:33

21 April 2008

Tersiar dalam TV2 rtm sebagai iklan mengatakan penjualan i-pod yang berharga RM 9.90 sahaja. perlu order melalui sms ke 32599. saya pun order sebab nampak murah. saya terperanjat apabila saya dicaj Rm 2.00 setiap sms. mereka balas dengan satu kuiz. saya dikehendaki menjawab 30 soalan. setiap jawapan berharga RM dua. saya tidak menjawab maka mereka menghantar soalan kedua.... saya pun menghantar mesej berhenti. ini satu penipuan!... penipuan ini dijalankan dalam Tv Malaysia -tv kerajaan!...... sila siasat dan lindungi rakyat! sudah pasti beribu-ribu penonton telah tertipu!
Penjualan Lelong Melalui SMS Rugikan Pengguna
April 04, 2008 19:34 PM
 

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Membida barangan lelong melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berleluasa masa kini adalah amat merugikan pengguna dan mempunyai unsur perjudian, kata Pengarah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Darshan Singh.

Menurutnya taktik jualan lelong itu tidak jauh bezanya dengan aktiviti gores dan menang yang diharamkan kerajaan tahun lepas.

Penjualan barangan melalui SMS memaksa orang ramai membida harga barangan yang ditawarkan melalui penghantaran mesej SMS dengan harapan akan berjaya membeli barangan terbabit pada harga yang lebih murah.

"Tetapi menerusi cara ini, pelanggan sebenarnya terpaksa membayar RM2 bagi setiap SMS yang dihantar.

Tambahan pula hanya mereka yang dikatakan menghantar bidaan tertinggi yang akan menerima barang tersebut, sedangkan yang lain tidak akan memperolehinya.

"Mereka sebenarnya rugi kerana tidak mendapat barang yang diingini dan terpaksa pula membayar bayaran SMS setiap kali mereka membida," kata Darshan ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata NCC menerima banyak aduan mengenai jualan barangan melalui SMS yang jumlah aduannya meningkat pada musim perayaan. Beliau menasihati pengguna agar tidak terpengaruh dengan tawaran jualan barangan murah melalui SMS.

"Syarikat memperolehi keuntungan melalui tiga cara iaitu melalui SMS yang dicaj pada harga tinggi berbanding kadar SMS biasa, mampu meluaskan pasaran barangan mereka serta dapat mengumpul data pengguna untuk kajian pasaran mereka," katanya.

Darshan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada tahun 2004 telah mengeluarkan hukum bahawa peraduan dan penjualan barangan melalui SMS dan menyertainya adalah haram kerana proses peraduan SMS yang mempunyai unsur perjudian. -- BERNAMA