Sunday, 19 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Telecommunications Complaint - Berwaspada Sebelum Terkena
Complaint - Berwaspada Sebelum Terkena PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 10:28

Kebelakangan ini terdapat banyak syarikat yang menawarkan produk-produk IT (sistem SMS, iklan maya, penghantaran emel pukal dan sebagainya) kepada bakal-bakal usahawan Melayu. Syarikat-syarikat ini menjamin bahawa bakal usahawan-usahawan mampu menjana pendapatan yang lumayan sehingga boleh mencapai status jutawan. Saban hari iklan-iklan peluang perniagaan mereka (yang agak mengelirukan dan menjanjikan pulangan ribuan dan jutaan ringgit) megah terpampang di dada akhbar tabloid tempatan dan kaca TV. Modal yang diperlukan untuk mendapatkan produk-produk IT tersebut bermula daripada semurah ratusan ringgit sehingga mencecah ke puluhan ribuan ringgit.

Namun sedarkah kita bahawa terdapat begitu banyak rungutan yang diutarakan oleh pihak bakal-bakal usahawan Melayu yang telah pun membeli dan menggunakan produk syarikat-syarikat ini? Antara rungutan yang paling popular ialah layanan pihak syarikat-syarikat ini yang tidak melayan dan membimbing para pelanggannya dengan sebaik mungkin, berbeza dengan layanan yang di beri sebelum membuat pembelian produk-produk tersebut. Kursus latihan mereka (yang juga perlu dibayar) hanya memberi fokus kepada cara menggunakan produk IT tersebut, namun tiada latihan khusus mengenai aspek-aspek keusahawanan, undang-undang dan pengetahuan IT. Mereka dibiarkan terkapai-kapai dalam mencari hala tuju perniagaan masing-masing setelah tamat kursus latihan.

Sesetengah produk IT yang dijual tidaklah secanggih mana jika dibandingkan dengan beberapa sistem IT lain, yang lebih kurang sama kupayaannya serta boleh dinikmati di dalam talian internet secara percuma!

Untuk pengetahuan, jika bakal-bakal usahawan ini tidak mempunyai modal yang mencukupi, ada diantara pihak syarikat-syarikat ini yang boleh menawarkan pakej pembiayaan permulaan perniagaan sehingga berjumlah RM50,000 melalui pakej rakan niaga bersama pihak \'Tekun Nasional\'.

Rungutan mengenai masalah tahap profesionalisma, tiada bimbingan, tahap keupayaan produk IT dan jumlah modal pelaburan yang tidak berpatutan jelas terpampang di forum-forum dan blog-blog internet. Malahan ada diantara laman-laman web produk tersebut yang masih lagi dikategorikan oleh pihak enjin carian Google sebagai berisiko tinggi kerana mempunyai kandungan perisian yang boleh memudaratkan sistem komputer (malicious software). Terdapat juga produk IT mereka yang jelas menggalakkan aktiviti penghantaran sampah-sampah emel (spamming), yang mana aktiviti ini jelas bercanggah dengan Akta Suruhanjya Komunikasi dan Multimedia. Malahan, terdapat juga produk perkhidmatan iklan maya (mirip seperti eBay) yang tidaklah secanggih mana jika dibandingkan dengan laman-laman web iklan tempatan lain yang terdapat di internet.

Saya amat berharap agar nasib segelintir pihak-pihak usahawan Melayu yang sudah mengeluarkan modal yang besar tetapi tidak dapat mencapai apa yang dijamin oleh pihak syarikat-syarikat ini dibela oleh pihak-pihak berkuasa, khusunya pihak \'Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi\' dan pihak \'Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia\'. Aktiviti syarikat-syarikat ini perlu dipantau daripada masa ke semasa untuk mengelak daripada berlakunya kekeliruan dan salah faham dikalangan para usahawan yang kurang faham mengenai industri IT. Jaminan keuntungan perniagaan yang sebenarnya tidaklah semudah \'sifir darab matematik\' yang dijaja oleh syarikat-syarikat ini kerana untuk mendapat keuntungan yang berlipat ganda, seseorang usahawan perlu mempunyai keupayaan yang lebih daripada sekadar matematik mudah.

NCCC : Pengguna adalah dinasihatkan agar memdapatkan maklumat lanjut dari Kementerian Pembangunan Usahawan, Bank Negara Malaysia ataupun badan-badan kerajaan yang berkaitan sebelum membuat sebarang pelaburan dalam skim-skim seperti diatas.

Last Updated on Friday, 11 September 2009 10:28