Sunday, 19 May 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 T-Z Telecommunications Complaint - Peraduan 100 Kereta 100 Hari Oleh Celcom
Complaint - Peraduan 100 Kereta 100 Hari Oleh Celcom PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 15:27

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
 
Sehubungan dengan "subject" di atas, saya ingin membuat aduan serta mendapatkan perhatian dan bantuan dari pihak tuan. Peraduan yang dianjurkan oleh pihak Celcom ternyata merugikan pelanggan Celcom seperti saya. Saya sendiri terperangkap dengan peraduan yang dianjurkan, yang terang-terangan merampas duit pelanggan secara halus.

Kalaupun pihak Celcom ingin menghargai serta memberi hadiah kepada pelanggan setia, ini bukan caranya. Cara yang dianjurkan ternyata menguntungkan pihak celcom sahaja. Kami pelanggan celcom dikenakan bayaran RM 5.00 untuk setiap sms yang dihantar ketika menjawab soalan yang dikemukakan. Di sini saya rasa tertipu kerana sekiranya pihak celcom ingin memberi penghargaan kepada pelanggannya, kenapa dikenakan bayaran terhadap setiap sms yang dikirim untuk menyertai peraduan yang dianjurkan. Bayangkan berapa banyak jumlah wang yang dikutip oleh celcom sekiranya separuh (saya anggarkan tidak kurang 5 juta pelanggan) pelanggan celcom menyertai peraduan ini, dan setiap seorang membelanjakan RM 100.00 sehari untuk peraduan ini.
 
RM 100.00 X 5,000,000.00 pelanggan = RM 100,000,000.00 sehari
 
Bayangkan dengan pendapatan ini, bukan sahaja celcom dapat menyediakan hadian toyota camry yang bernilai RM 14X,XXX.XX (paling murah) kepada pelanggan, malah lebih dari itu.  Kalau dah 100 hari, berapa banyak yang celcom dapat? Keuntungan/pendapatan yang nyata menindas pelanggan.
 
Saya tidak mahu bersekongkol dengan kelab judi yang cuba dibina oleh celcom.
 
Sekian, terima kasih.

NCCC Director : This make perfect sense to me
 
"Kalaupun pihak Celcom ingin menghargai serta memberi hadiah kepada pelanggan setia, ini bukan caranya. Cara yang dianjurkan ternyata menguntungkan pihak celcom sahaja. Kami pelanggan celcom dikenakan bayaran RM 5.00 untuk setiap sms yang dihantar ketika menjawab soalan yang dikemukakan. Di sini saya rasa tertipu kerana sekiranya pihak celcom ingin memberi penghargaan kepada pelanggannya, kenapa dikenakan bayaran terhadap setiap sms yang dikirim untuk menyertai peraduan yang dianjurkan."