Friday, 26 Apr 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 P-S Public Utilities Aduan : KEROSAKAN KENDERAAN DI LEBUHRAYA
Aduan : KEROSAKAN KENDERAAN DI LEBUHRAYA PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:05

PUSAT KHIDMAT ADUAN PENGGUNA NASIONAL (NCCC) telah menerima satu aduan daripada seorang pengguna lebuhraya Utara-Selatan di mana kenderaan beliau telah mengalami kerosakan disebabkan oleh objek keras di atas lebuhraya. Antara kerosakan yang dialami ialah kerosakan di bawah enjin, bumper depan patah dan bahagian dalaman enjin dan beberapa kerosakan lain. Akibat daripada kerosakan itu, urusan perniagaan pengguna telah tergendala dan kesihatan anaknya terganggu. Pengguna menyatakan bahawa pihak Plus seharusnya bertanggungjawab memastikan keselamatan lebuhraya. Pengguna telah meminta bantuan NCCC untuk menuntut pampasan daripada pihak PLUS.

TINDAKAN NCCC
NCCC telah menulis surat rasmi kepada pihak PLUS dan mengemukakan aduan yang dibuat oleh pengguna tersebut. Pihak NCCC memberi tempoh 7 hari kepada pihak PLUS untuk memberikan maklumbalas terhadap tuntutan tersebut. Beberapa hari selepas itu, pihak PLUS tersebut telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan membayar ganti rugi sebanyak RM2,300.00. Jumlah tersebut telah dipersetujui pengguna.

NASIHAT NCCC
Pengguna seharusnya berani untuk membuat aduan dan tuntutan ganti rugi pada pihak yang berkenaan. Ini adalah kerana, pengguna mempunyai hak untuk berbuat demikian. Pengguna seharusnya tidak menanggagung sendiri kerugian dan kerosakan yang berlaku akibat daripada kesilapan dan kelalaian pihak lain.