Saturday, 27 Apr 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 G-O Housing Developers PEMAJU ENGGAN PULANGKAN YURAN TEMPAHAN RUMAH
PEMAJU ENGGAN PULANGKAN YURAN TEMPAHAN RUMAH PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:14

NCCC telah menerima satu aduan daripada seorang bakal pembeli rumah berkaitan dengan yuran tempahan. Menurut pengadu, beliau telah mengunjungi sebuah rumah contoh di Damansara dengan tujuan untuk membeli rumah.

Setelah meninjau kedudukan dan reka bentuk rumah tersebut, beliau telah berjumpa dengan seorang jurujual projek perumahan itu bagi membincangkan beberapa hal teknikal. Semasa perbincangan tersebut , jurujual itu memaklumkan bahawa hanya beberapa unit rumah sahaja yang belum masih belum dijual. Sekiranya pangadu menempah rumah pada masa itu, dia berkelayakan untuk menerima beberapa hadiah percuma. Oleh itu keranan tertarik dengan jaminan jurujual tersebut, pengadu telah membuat pembayaran sebagai yuran tempahan.

Bagaimanapun, pengadu mendapati maklumat yang diberikan oleh jurujual tidak benar. Oleh itu, beliau ingin membatalkan tempahan tersebut dan meminta agar bayaran yuran tempahan dikembalikan. Namun begitu, pemaju enggan memulangkan yuran tempahan kerana menurutnya yuran tempahan tidak boleh dikembalikan. Kecewa dengan sikap pemaju itu, beliau telah meminta bantuan NCCC.

TINDAKAN NCCC

NCCC telah menulis surat secara rasmi kepada pemaju itu menuntutnya agar memulangkan semula yuran tempahan. Bagi menyokong tuntutan tersebut, beberapa peruntukan dalam undang-undang berkaitan dinyatakan.

Berdasarkan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan), Peraturan 11(2), pemaju hanya boleh meminta sebanyak 10% wang pendahuluan selepas perjanjian jual beli ditandatangani. Pemaju juga dinasihatkan agar menyelesaikan aduan ini kerana sekiranya mereka gagal berbuat demikian, aduan tersebut akan dimajukan kepada Tribunal Tuntutan Peembeli Rumah. Pemaju kemudiannya akan bersetuju untuk menyelesaikan aduan berkenaan dan memulangkan yuran tempahan kepada pengadu.

NASIHAT NCCC

Tindakan pemaju perumahan meminta tempahan kepada bakal pembeli adalah tidak sah dan dilarang. Pemaju hanya dibenarkan mengutip wang pendahuluan sebanyak 10% setelah kontrak pembelian ditandatangani, iaitu perjanjian jual beli. Sekiranya pemaju enggan memulangkan semual yuran pendahulaun, buat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah