Saturday, 13 Dec 2025
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 A-F Courier Services Complaint : Negligent Courier Company
Complaint : Negligent Courier Company PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 14:40

Saya telah membeli satu bag berjenama HERMES ( Branded ,harga sebenar kat boutique over RM 10000) dengan penjual bag yang tinggal di USA melalui internet pada 12.07.2007 , saya telah membuat bayaran dengan menggunakan credit card.

Setelah saya menerima bag tersebut , saya rasa tidak sesuai dan ingin memulangkan kepada penjual bag , dia juga bersetuju dengan pemulangan saya,dia janji akan memulangkan wang setelah menerima bag tersebut.Oleh itu,untuk memastikan bag sampai ke tangan penjual dengan selamat , saya  menggunakan skynet dan bayar yuran kiriman sebanyak RM218.

Selepas itu,saya selalu berhubung dengan penjual dan tanya sama ada dia  terima dengan bag tersebut,tapi dia bagi tahu bahawa dia tidak terima. saya juga ada pergi SKYNET tanya ,rupanya skynet telah bagi agent DHL untuk
hantar bag itu ke USA.Pihak DHL menyatakan mereka sudah hantar bag itu ke alamat penjual pada 11.09.2007 jam 11.52am ,tetapi mereka cuma hantar kepada security guard di tempat rumah penjual yang bernama A HOLLINGSWORTH , tetapi pekerja guard yang terima bag itu adalah pekerja sementara,apabila penjual bag pergi official security dan minta bag ,mereka hanya bagi tahu mereka tidak menerima bag tersebut.
 
Saya juga ada menelefon kepada HQ DHL ,mereka faham itu adalah kesalahan mereka dan akan membuat ganti rugi kepada skynet,pihak DHL minta saya pergi SKYNET dan minta tututan.Tetapi Manager SKYNET bagi saya tahu dia perlu minta izin daripada boss dia,tetapi boss dia telah pergi luar negara ,dia minta saya tunggu dan akan bagi saya tahu selepas bossnya balik.Tetapi sudah lama saya tunggu dan menelefon manager SKYNET,pun juga tak ada apa-apa berita.

Pada bulan March 2008 ini ,manager SKYNET menyatakan boss dia hanya akan membuat ganti rugi sebanyak RM200 kepada saya,saya tidak menerima kerana hanya hanya yuran pos pun sudah bayar sebanyak RM218,bag itu saya pun beli sebanyak RM 3,647.85 , sekarang mereka hanya mahu membuat rugian saya RM200 sahaja ,itu memang saya tidak dapat menerima...Lagipun perkara ini adalah kesalahan mereka kerana tidak hantar bag itu ke rumah penjual dan minta penjual tandatangan atau telefon penjual pergi office angkat jiga dia tidak ada kat rumah ( saya ada tulis nombor telefon penjual bag).itu kira perkhidmatan daripada courier???
 
Saya harap pihak NCCC dapat menolong saya membuat tututan yang sepatutnya daripada SKYNET,saya juga boleh memberi segala bukti jika NCCC perlu.
 
Sekian terima kasih dengan sebanyak-banyaknya..

Pengarah NCCC :

Pengguna adalah dinasihatkan untuk membuat membuat aduan kepada pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) berkenaan dengan setiap isu komunikasi. Ia juga merangkumi perkhidmatan Pos dan Kourier. Layari laman web SKMM untuk keterangan lanjut. Sila salinkan setiap aduan ke pihak NCCC untuk tujuan pemantauan.

Sekian Terima Kasih

Last Updated on Thursday, 10 September 2009 14:43