Tuesday, 19 Mar 2024
You are here: Home
Warranti/ Gerenti PDF Print E-mail
Written by admin2   
Wednesday, 27 March 2019 12:02

Satu jaminan yang dikeluarkan / diberikan oleh pengeluar / syarikat kepada pembeli untuk memperbaiki atau menggantikan barangan yang rosak atau cacat dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang caj dikenakan kepada pembeli .

Berdasarkan aduan yang dikemukakan, standard kualiti yang dikenakan ke atas barang yang dibekalkan oleh pembekal, seksyen 32 Akta Perlindungan Pengguna memperuntukkan bahawa barang yang dibekalkan kepada pengguna mempunyai gerenti tersirat bahawa barang itu adalah daripada kualiti yang boleh terima dan selamat untuk digunakan.

Seksyen 41 (1)(a) dan 46 bagi barang yang gagal mematuhi gerenti, pembekal boleh (a) membaiki

barang, jika kegagalan itu tidak berkaitan dengan hakmilik; (b) memulihkan apa-apa

kecacatan hakmilik, jib kegagalan itu berkaitan dengan hakmilik; (c) menggantikan

barang itu dengan barang yang serupa jenisnya; atau (d) memberikan bayaran balik

apa-apa wang yang telah dibayar atau balasan lain yang telah diberikan oleh pengguna

berkenaan dengan barang itu jika pembekal tidak dapat dengan munasabahnya dikehendaki membaiki atau menggantikan barang itu atau memulihkan apa-apa kecacatan hakmilik

Anda mempunyai hak untuk meminta pulangan wang atau menggantikan barang tersebut jika barang tersebut telah dihantar berulang ulang kali untuk masalah yang sama.

Tetapi, sekiranya tidak boleh  di baiki, barulah mereka akan menggantikan produk tersebut kepada produk yang baru.

Untuk pengetahuan anda juga, dalam undang-undang Malaysia, semua produk pengguna mempunyai jaminan secara automatik tanpa ditulis secara lisan. Jaminan ini disebut sebagai implied warranty. Maksudnya semua produk pengguna yang dijual di negara ini perlu mempunyai kualiti yang berpatutan. Pengeluar, Pembuat dan Pengedar perlu memastikan produk yang dijual berkualiti dan boleh digunakan pada jangka masa yang munasabah.

Sekiranya pengedar dan pengeluar menafikan hak Puan untuk menuntut pembaikan atau penggantian, Puan boleh membuat satu aduan kepada NCCC atau membawa kes ini ke tribunal tuntutan pengguna malaysia untuk membuat tuntutan. Sila pastikan bukti pembelian ( resit / kad waranti ) ada semasa membuat tuntutan terhadap syarikat tersebut.


 

 

Last Updated on Friday, 18 September 2020 11:40