Wednesday, 18 Oct 2017
You are here: Home
Buntu kena paksa beli PDF Print E-mail
Written by admin2   
Thursday, 01 June 2017 14:20

Mohd Hasbi Sidek
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it


LEBIH 50 individu kini buntu selepas menerima barang dan invois bayaran produk jenama LuxStyle daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di Denmark, walaupun mereka tidak menempah produk terbabit.

Syarikat terbabit, Lux International Sales Aps mengiklankan produk mereka melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Pengurus Kanan, Dasar dan Perundingan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) Shabana Naseer Ahmad berkata, mangsa mula terperangkap apabila pengguna menyemak produk dan memasukkan maklumat mereka dalam laman web jualan melalui pautan media sosial.

"Barang terbabit dianggap sudah dibeli oleh pengguna walaupun mereka tidak bersetuju atau menempah produk itu.

"Syarikat kemudiannya akan menghantar produk jualan mereka bersama-sama invois bayaran tanpa persetujuan pelanggan," katanya.


Beliau berkata, sehingga kini lebih 50 mangsa dari Lembah Klang dan Kedah tampil melaporkan masalah itu kepada NCCC.

"Mangsa buntu dan bimbang kerana syarikat terbabit mempunyai maklumat mereka dan seolah-olah sudah berhutang dengan syarikat terbabit.

"Kami mendapat maklumat pengguna di Australia dan Eropah turut mengalami nasib sama malah syarikat berkenaan lebih agresif dengan menghubungi pengguna dan mendesak mangsa agar membayar produk yang dihantar itu," katanya.

Shabana berkata, dia berharap pihak berkuasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil tindakan berhubung masalah ini dengan membantu mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2017 @ 12:55 PM

 

Last Updated on Thursday, 01 June 2017 14:21