| Kerjasama tingkat kesedaran pengguna |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Wednesday, 13 January 2010 06:13 |
PETALING JAYA: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) sedia bekerjasama dengan persatuan atau masyarakat mengadakan program bagi meningkatkan kesedaran pengguna mengenai hak mereka dan cara menuntut ganti rugi. Ketua Eksekutif NCCC, Muhammad Sha’ani Abdullah, berkata setiap program atau bengkel yang diadakan tidak dicaj kerana semuanya akan ditanggung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dengan syarat perlu disertai sekurang-kurangnya 60 peserta. “Sebanyak 120 program perlu dijalankan sepanjang tahun ini dan sejak Mei lalu, hanya 50 program dapat dilaksanakan di seluruh Malaysia. Oleh itu, kami mengalu-alukan sesiapa saja yang berminat mengadakan ceramah atau bengkel supaya menghubungi kami. “Memandangkan masih ramai yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat surat aduan dan menuntut ganti rugi, kami turut mengajar serta memberi pendedahan sebenar apa yang perlu dilakukan pengguna,” katanya di Forum ‘Change Starts With Me’ bersama penduduk Bandar Sri Damansara di sini, baru-baru ini. Menurut Muhammad Sha’ani, setiap bulan, NCCC menerima kira-kira 100 aduan daripada orang ramai mengenai masalah perumahan serta skim pelaburan dan ia semakin meningkat kerana penyelesaian aduan memerlukan kerjasama semua pihak. |
| Last Updated on Wednesday, 13 January 2010 06:23 |
NCCC NEW OFFICE
| National Consumer Complaints Centre | |||||||||||
|
NCCC di Pentas Media 



PETALING JAYA: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) sedia bekerjasama dengan persatuan atau masyarakat mengadakan program bagi meningkatkan kesedaran pengguna mengenai hak mereka dan cara menuntut ganti rugi. 

