Saturday, 27 Apr 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2009 UM : Pelajar IPT sasaran baru
UM : Pelajar IPT sasaran baru PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 14:43
 27/03/2009

KUALA LUMPUR 26 Mac - Sindiket penipuan yang memperdaya mangsa kononnya mereka memenangi sejumlah wang tunai menerusi cabutan bertuah, kini dikesan mengalih sasaran terhadap golongan pelajar institusi pengajian tinggi.

Buktinya, Biro Pengaduan Awam MCA telah menerima empat laporan mangsa yang terdiri daripada gadis muda berusia antara 18 hingga 21 tahun, sepanjang bulan ini.

Ketua biro itu, Datuk Michael Chong mendedahkan, jumlah kerugian yang dialami kesemua empat mangsa itu mencecah puluhan ribu ringgit dan tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi yang telah terpedaya.

"Semua mangsa yang terlibat ialah mereka yang masih belajar di kolej ataupun universiti," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam semua kes yang diterima pihaknya, mangsa dihubungi ahli sindiket yang menggunakan talian antarabangsa.

"Seperti taktik penipuan sebelum ini, mangsa diberitahu bahawa mereka memenangi sejumlah wang tunai hasil cabutan bertuah yang diadakan dalam sesuatu majlis.

"Selepas berjaya menyakinkan mangsa, sindiket itu akan meminta mangsa membayar sejumlah wang terlebih dahulu untuk yuran proses keahlian sebelum mangsa boleh menuntut wang yang dimenangi mereka," katanya.