Sunday, 28 Apr 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2009 Pengangkutan Awam
Pengangkutan Awam PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 14:11

FOMCA Cadang Penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Disegerakan

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mencadangkan suapaya penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam disegerakan ia bagi mengelak berlakunya kelemahan kawal-selia yang boleh membebankan pengguna.

Setiausaha Agung FOMCA, Muhammad Shaani Abdullah, yang dihubungi Bernama Radio24 berkata, Pengangkutan Awam sebagai satu kemudahan sosial masih tidak mendapat pertimbangan sewajarnya dari pihak berkuasa.

Beliau berkata, tanggapan bahawa Pengangkutan Awam merupakan satu sektor berdaya maju menimbulkan bebanan kepada pengusaha yang terpaksa menumpukan kendiri urusniaganya daripada perkhidmatan kepada pengguna yang ratanya golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu sistem pengangkutan awam di Lembah Klang yang terus meresahkan rakyat, samada bas, komuter atau Transit Aliran Ringan (LRT), di mana perkhidmatan tidak banyak berubah.

Jumlah pengguna yang bertambah telah memburukkan keadaan sehingga kemudahan sedia ada sukar menampung penumpang.

Berita Radio24, 26/05/2009