
Lokap Ah Long sekarang(privatised Guantanamo) lepas Simbah cat dan Simbah tahi Apa lagi ditunggu? Semakin hari pihak berkuasa melengahkan tindakan-tindakan semakin berani dan ganas tindak-tanduk anasir-anasir terlibat dalam kegiatan meminjam wang. Apakah tindakan ke atas mereka yang ditangkap? 1. Papan iklan dipasang atau dilekat tanpa menghormati etika harta awam dan undang-undang - PBT tidak bertindak dari berleluasnya kegiatan ini. 2. Campak kad-kad ke dalam peti-peti surat - memang meberi maklumat cukup untuk menjejaki anasir-anasir Ah Long. 3. Panggilan-panggilan telefon ugutan kepada mangsa-mangsa 4. Panggilan-panggilan telefon ugutan kepada ibu-bapa dan sanak saudara peminjam 5. Tindakan samseng di kediaman peminjam ataupun ibubapa/sanak saudara peminjam 6. Kini BANK-BANK juga menggunakan watak-watak sebegini untuk mengutip pinjaman tertunggak Apakah tindakan Bank Negara, PBT, PDRM, KPKT, Wakil-wakil Rakyat? Apakah tunggu trajedi? Apakah tunggu YAB Perdana Menteri turun padang? Ketua Eksekutif NCCC 28/05/2009
|