Thursday, 28 Mar 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2009 Gores dan Menang
Gores dan Menang PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 12:58
Lagi-lagi Gores dan menang
 
Atas aduan pengguna laporan NCCC pada 10/7/2009, pihak KPDNKK Negeri Selangor telah siasat ke atas premis Starr Heathcare Sdn Bhd beralamat 6-3 Jalan Puteri 2/4 Bandar Puteri Puchong, Puchong Selangor pada 11.07.2009.
 
Hasil pemeriksaan mendapati bahawa syarikat tersebut menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen yang sah.
 
Satu kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 4(1) Akta Jualan Langsung 1993 dan barang rampasan adalah pelbagai jenis barangan elektrik dengan nilai sebayak RM15,000.00