| Berita Harian : Kesatuan, NGO yakin dividen 2008 bertambah |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Thursday, 10 September 2009 11:10 |
|
24 Januari 2008
KUALA LUMPUR: Kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yakin pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menikmati dividen 6 hingga 6.5 peratus bagi 2008, berdasarkan keupayaan setakat ini. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata pemberian dividen yang tinggi akan meyakinkan pencarum terhadap pelaburan mereka selain membuktikan kemampuan KWSP mengurus dananya. “Kita berharap pemberian dividen bagi 2008 akan bertambah...mungkin boleh capai 6 atau 6.5 peratus. Ini sasaran yang wajar sekali gus melenyapkan rasa gusar di kalangan pencarum mengenai simpanan mereka. Omar juga berkata, Cuepacs berharap pencarum bersetuju dengan saranan KWSP agar pembayaran dividen dimasukkan terus ke dalam akaun mereka bagi meningkatkan jumlah simpanan. Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk N Marimuthu, berkata pemberian dividen 5.8 peratus itu adalah prestasi terbaik yang perlu dibanggakan pencarum KWSP.
|
NCCC NEW OFFICE
| National Consumer Complaints Centre | |||||||||||
|
NCCC di Pentas Media 





