Tuesday, 04 Nov 2025
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2008 HARI TIDAK BERBELANJA 16 JULAI 2008
HARI TIDAK BERBELANJA 16 JULAI 2008 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 10:59
16 JULAI 2008 merupakan HARI TIDAK BERBELANJA. Pada hari tersebut anda perlu mencabar diri anda, keluarga dan rakan-rakan untuk tidak berbelanja dan menghayati nilai-nilai kehidupan.

Cabaran ini mudah sahaja � amalkan cara hidup yang sederhana selama sehari. Luangkan masa anda bersama-sama keluarga dan rakan-rakan daripada membelanjakan wang ke atas. Walaupun ini agak membosankan dan klise, tetapi kasih sayang tidak dapat dijual-beli dengan wang.
HARI TIDAK BERBELANJA merupakan hari untuk kita menilai semula nilai diri sebagai seorang pengguna. Inilah masa untuk memikirkan semula tentang nilai yang dapat kita berikan� kepada keluarga, rakan-rakan dan barangan yang dibeli. Berapa banyak harta yang anda miliki untuk menunjukkan status anda? Bagaimana anda ingin menampilkan diri sebenar anda daripada apa yang anda miliki?

Ini jugalah masanya untuk memikirkan pola perbelanjaan anda. Berapa banyak wang yang dibelanjakan untuk menikmati keperluan "sebenar" dan berapa banyak pula yang dibelanjakan untuk memenuhi "kemahuan"? Bersediakah anda untuk kurang berbelanja terhadap barangan dan perkhidmatan tertentu yang setara kualitinya, atau anda terperangkap dengan jenama tertentu kerana beranggapan bahawa ia tidak memenuhi "standard" yang anda ingini. Inilah masa untuk muasabah. Keputusan anda sendiri.

HARI TIDAK BERBELANJA bukannya mengubah gaya hidup anda sekadar satu hari sahaja � kami berharap ia suatu perubahan yang berterusan � mungkin perubahan kekal sepanjang hayat anda.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Mohd Yusof Abdul Rahman di talian 013 3484990

Datuk Marimuthu Nadason
Presiden
FOMCA