Visi & Misi | ![]() |
Fungsi NCCC | ![]() |
Proses Pengendalian Aduan | ![]() |
Carta Organisasi | ![]() |
Berita Harian : Kaedah genap sen tak sesuai |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by Administrator |
Monday, 14 September 2009 11:10 |
15 November 2007
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) bimbang Mekanisme Penggenapan syiling satu sen tidak memberi faedah kepada pengguna sekiranya peniaga mengambil kesempatan menggunakan kaedah itu untuk membuat keuntungan lebih mudah.� Bagaimanapun, Fomca percaya mekanisme yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu sebagai kaedah yang boleh membantu mengelak kerugian pengguna. Presidennya, Datuk N Marimuthu, berkata bagi harga barang atau perkhidmatan seperti keperluan harian dapur, penggunaan telefon, elektrik dan air, jika bil keseluruhan berakhir dengan satu, dua, enam dan tujuh sen, ia memberi keuntungan kepada pengguna apabila harga digenapkan kepada lima sen terdekat. Sebaliknya, beliau berkata, jika harga keseluruhan bil berakhir dengan tiga, empat, lapan dan sembilan sen, ia akan dinaikkan kepada lima sen terdekat dan harga itu tidak terlalu tinggi.
|