Visi & Misi | ![]() |
Fungsi NCCC | ![]() |
Proses Pengendalian Aduan | ![]() |
Carta Organisasi | ![]() |
Harian Metro : Usah layan penipu |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by Administrator |
Monday, 14 September 2009 11:09 |
28 November 2007
KUALA LUMPUR: "Jangan layan langsung," itu nasihat Presiden Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan (PPSWP), Mohd Yusof Abd Rahman kepada orang ramai bagi mengelak ditipu sindiket atau syarikat yang menjanjikan pelbagai hadiah lumayan kepada mereka melalui panggilan telefon. "Jika masih ramai melayan panggilan seperti itu, sampai bila pun perkara ini tak selesai. Justeru, langkah terbaik untuk menanganinya ialah dengan tidak melayan langsung panggilan seperti ini walaupun mungkin syarikat itu benar-benar mahu beri hadiah. "Syarikat atau sindiket ini mempunyai pelbagai helah dan kepakaran termasuk memberikan hadiah tidak setimpal untuk menipu orang ramai yang tidak berhati-hati. Jadi, langkah pencegahan adalah perlu," katanya ketika dihubungi, semalam. Harian Metro semalam melaporkan mengenai nasib malang seorang ibu sembilan anak yang ditipu sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai hadiah, termasuk mengerjakan haji. Rukiah Abdul Rahman, 40, kerugian kira-kira RM17,000 kerana dipaksa membuat pembayaran secara berperingkat selepas dimaklumkan dia memenangi hadiah kereta Toyota Avanza dan menunaikan ibadat haji.
|