Visi & Misi | ![]() |
Fungsi NCCC | ![]() |
Proses Pengendalian Aduan | ![]() |
Carta Organisasi | ![]() |
Berita Harian : Pantau harga ayam kena buat setiap hari |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by Administrator |
Friday, 11 September 2009 15:12 |
13 November 2007
Surat� ISU kenaikan harga dan kekurangan bekalan ayam di pasaran sepanjang Ramadan menjadi isu nasional kerana banyak peniaga ayam menaikkan harga. Tindakan tidak bijak peniaga menaikkan harga sekilogram ayam sehingga RM7.80 sekilogram mendapat liputan meluas bukan saja pihak pengguna, malah juga pihak berwajib. Sebelum ini, harga sekilogram ayam bersih dijual dengan harga RM5.40 oleh pemborong kepada peniaga dan RM6 oleh peniaga kepada pengguna. Kenaikan yang tidak munasabah ini amat memeranjatkan kerana ayam dikategorikan sebagai barangan terkawal oleh Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna terutama pada musim perayaan. Sudahlah harga naik dengan melampau, bekalan atau stok ayam juga semakin berkurangan dari sehari ke sehari. Tindakan tidak bertanggungjawab ini bukan saja memburukkan lagi keadaan, malah menyukarkan pengguna terutama umat Islam dalam menyambut kedatangan Ramadan dan awal Syawal, baru-baru ini.
Tindakan ini juga akan menyukarkan pelanggan untuk membuat perbandingan harga jika ada peniaga yang menjual ayam lebih daripada harga siling. Tidak dapat dinafikan bahawa perkara ini berlarutan kerana permintaan terhadap daging ayam semakin meningkat dan melebihi permintaan biasa kerana musim perayaan. Ini menyebabkan ada antara pembekal yang tidak mampu membekalkan bekalan kepada pasaran. Pengguna tempatan kini bukan saja bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan bekalan ayam, tetapi juga bersaing dengan pengguna asing. Ada pembekal ayam kita adalah juga pengeksport ayam ke negara jiran terutama di selatan tanah air. Kita tidak boleh menyalahkan pembekal ini kerana pengguna asing ini mampu membayar harga lebih tinggi bagi sekilogram ayam. Sebagai pembeli, kita seharusnya tahu bahawa kuasa beli itu terletak di tangan kita dan bijak membuat keputusan. Pembeli yang bijak seharusnya tahu untuk membeli apa yang perlu saja dan bijak membandingkan harga barang keperluan. Sikap tidak ingin ambil tahu hanya akan memburukkan lagi keadaan. Kawalan dan tindakan harus diperketatkan oleh pihak berwajib kepada sesiapa yang gemar menaikkan harga barangan kawalan sesuka hati. Agensi tertentu diharap dapat selalu turun padang agar dapat mendengar rintihan dan apa juga masalah pembeli. Undang-undang harus diperketatkan seperti mengenakan hukuman penjara dan denda maksimum agar perkara ini menjadi teladan kepada peniaga lain. Penguatkuasaan dan pemantauan juga harus diperketatkan bagi pembekal dan pemborong kerana merekalah yang membekalkan ayam dan menentukan bekalan di pasaran, bukannya peniaga saja. Kita harus tegas dengan keputusan kita. Langkah drastik harus diambil seperti memboikot peniaga yang melampaui batas, agar hak kita sebagai pengguna tidak diperkotak-katikkan.
|