Visi & Misi | ![]() |
Fungsi NCCC | ![]() |
Proses Pengendalian Aduan | ![]() |
Carta Organisasi | ![]() |
Harian Metro : Pesara rugi RM110,000 |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by Administrator |
Friday, 11 September 2009 14:55 |
28 November 2007
KLUANG: Hasrat seorang pesara untuk memiliki Toyota Avanza menerusi cabutan bertuah kad 'gores dan menang' membawa padah apabila kerugian kira-kira RM110,000 sejak dijanjikan hadiah kereta idamannya itu April lalu. Mangsa diminta ke pejabat syarikat itu di Kulai untuk menuntut hadiah dan setibanya di pejabat itu mangsa diminta memilih dua daripada enam kad yang diberikan. "Syarikat berkenaan memberikan kerusi urut yang dimenangi itu, tetapi meminta ibu menunggu sehingga Oktober untuk mendapat Avanza itu," katanya kepada media di Pejabat MCA Kluang, di sini, semalam, yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol, Gan Ping Siew. "Ibu yang yakin dengan janji wakil syarikat itu menyerahkan wang tunai itu di pejabat mereka di Kulai. Tetapi, pada 20 Jun lalu, wakil syarikat itu sekali lagi datang dan meminta RM45,000 sebagai cengkeram untuk mendapatkan hadiah itu. "Wang yang diminta itu diserahkan kepada wakil syarikat itu di pejabat mereka di Kulai kerana ibu yakin akan mendapat hadiah seperti dijanjikan," katanya. Pada 17 Julai lalu, wakil syarikat terbabit sekali lagi memberitahu mangsa perlu membayar RM2,200 untuk membayar cukai jalan dan insurans kereta berkenaan. Bagaimanapun, bayang Toyota Avanza yang diidamkan itu tidak juga kelihatan sehinggalah pada tempoh yang dijanjikan iaitu pada Oktober lalu. "Selepas perayaan Aidilfitri lalu kami cuba menghubungi pejabat syarikat berkenaan tetapi gagal. "Kami sekeluarga ke pejabat berkenaan di Kulai dan tergamam apabila mendapati pejabat berkenaan ditutup dan diberitahu orang ramai syarikat terbabit sebenarnya sudah lama tutup," katanya. Sehubungan itu, mereka membuat aduan di Biro Aduan Awam Pemuda MCA Johor Bahru, baru-baru ini sebelum Pemuda MCA Kluang diarah mengendalikan kes berkenaan kerana ia membabitkan mangsa yang tinggal di Kluang. Timbalan Ketua Pemuda MCA Bahagian Kluang, Mok Chan Mun, berkata pihaknya bersedia membantu mangsa termasuk membuat laporan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna dan laporan polis. Beliau berkata, jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung mangsa akibat penipuan 'gores dan menang' dikenal pasti yang terbesar di negeri ini setakat ini.
|