Visi & Misi | ![]() |
Fungsi NCCC | ![]() |
Proses Pengendalian Aduan | ![]() |
Carta Organisasi | ![]() |
Berita Harian : Belum ada aduan harga barang naik |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by Administrator |
Friday, 11 September 2009 14:45 |
14 Disember 2007
KUALA LUMPUR: Harga barang keperluan masih kekal dan tiada peniaga menaikkan harga setakat ini, walaupun beberapa negeri dilanda banjir sejak awal bulan lalu,� kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk S Veerasingam. �Kementerian sentiasa menempatkan pegawai untuk memantau harga barang di pasaran, terutama apabila beberapa negeri kini dilanda banjir. Setakat ini, tiada peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga walaupun bekalan barang berkurangan dan sukar diperoleh kerana banjir dan cuaca kurang memuaskan. �Malah, ada barang yang dijual lebih murah. Di Johor, ayam dijual RM5.10 sekilogram berbanding harga biasa, antara RM5.70 hingga RM6,� katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Kepenggunaan anjuran KPDNHEP dan Pergerakan Pengguna Pekerja Malaysia (PPPM) di sini, semalam. �Pegawai kita bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan masalah terputus bekalan, terutama sepanjang kejadian banjir di beberapa negeri,� katanya. �Sebelum ini orang muflis kerana tak mampu bayar hutang bank, tapi kini ramai muflis akibat beban hutang kad kredit. Proses mendapatkan �wang plastik� ini sangat mudah kerana mereka bergaji serendah RM1,000 sebulan pun boleh memohon,� katanya.
|