Visi & Misi | ![]() |
Fungsi NCCC | ![]() |
Proses Pengendalian Aduan | ![]() |
Carta Organisasi | ![]() |
Berita Harian : Segera uji had Pb dalam alat permainan |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by Administrator |
Friday, 11 September 2009 14:36 |
14 Disember 2007
KAMI hairan dengan sikap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), yang belum melakukan tindakan susulan melaksanakan Peraturan Keselamatan Alat-alat Permainan Kanak-kanak. Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia, sejak Mei lalu meminta KPDNHEP melaksanakan Peraturan Keselamatan Alat-alat Permainan Kanak-kanak susulan tindakan Albania (yang tidak begitu maju dari segi ekonomi berbanding Malaysia) meluluskan Peraturan Keselamatan Alat-alat Permainan Kanak-kanak di negara itu. Walaupun masalah kandungan plumbum melebihi had ditetapkan dalam standard keselamatan alat permainan, kanak-kanak memerlukan tindakan segera dan walaupun risiko kepada kesihatan kanak-kanak terbukti, KPDNHEP belum melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab mereka terhadap pengguna. Data sedemikian, jika ada, mungkin memberikan bukti kukuh untuk mengharamkan sama sekali plumbum dalam petrol, cat rumah dan peralatan seramik. Kami berharap agar kedua-dua kementerian melaksanakan dasar meningkatkan kualiti hidup rakyat secara langsung dan tidak langsung untuk menjamin kesihatan rakyat.
Pengarah Persatuan Pengguna Standard Malaysia (MASU).
|