Visi & Misi | ![]() |
Fungsi NCCC | ![]() |
Proses Pengendalian Aduan | ![]() |
Carta Organisasi | ![]() |
Bernama : 10 Dakwa Ditipu Sindiket Jualan Langsung |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by Administrator |
Friday, 11 September 2009 14:18 |
11 November 2007
ALOR STAR-- Seramai 10 orang mendakwa kerugian antara RM5,000 dan RM23,250 apabila ditipu ejen sindiket jualan langsung yang menawarkan pakej umrah dan haji. Presiden Cake, Datuk Yusoff Ismail berkata pihaknya menerima laporan bahawa mangsa telah dihubungi seseorang individu dari ejen tersebut yang memaklumkan mereka terpilih memenangi hadiah mengerjakan umrah dan haji termasuk kereta bernilai.
"Mereka hanya menyedari mereka ditipu selepas menghubungi pejabat Tabung Haji untuk membuat semakan nama mereka selepas membayar sejumlah wang kepada ejen sindiket berkenaan," katanya.
Yusoff berkata berdasarkan aduan mangsa, pihaknya telah menyiasat dan mengenal pasti dalang berkenaan.
Individu terbabit didapati mempunyai kaitan dengan beberapa lagi syarikat jualan langsung yang turut melakukan kegiatan yang sama, katanya.
Beliau berkata nama individu terbabit telah diserahkan kepada pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk tindakan lanjut. �
|