Visi & Misi | ![]() |
Fungsi NCCC | ![]() |
Proses Pengendalian Aduan | ![]() |
Carta Organisasi | ![]() |
Berita Harian : Satu sen tak diguna di kaunter 1 April 2008 |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by Administrator |
Friday, 11 September 2009 13:05 |
14 November 2007
KUALA LUMPUR: Mulai 1 April tahun depan syiling satu sen tidak akan digunakan lagi bagi pembayaran di kaunter, sebaliknya semua bayaran bil digenapkan melalui Mekanisme Penggenapan untuk mengurangkan kos pengeluaran syiling berkenaan.� Menerusi mekanisme itu, jumlah keseluruhan bil yang berakhir dengan satu, dua, enam dan tujuh sen diturunkan kepada lima sen terdekat, manakala tiga, empat, lapan dan sembilan sen dinaikkan kepada lima sen terdekat. "Bagaimanapun, syiling satu sen akan terus sah diperlakukan tetapi jumlah yang dikeluarkan setiap tahun akan dikurangkan," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan pengenalan mekanisme itu di sini, semalam. "Kira-kira satu peratus saja syiling satu sen kembali ke bank pusat berkenaan. Banyak yang tidak dapat dikesan," katanya. Beliau berkata, peniaga diwajib mempamerkan jadual mekanisme berkenaan dengan logo kementerian di kaunter juruwang.
|