Visi & Misi | ![]() |
Fungsi NCCC | ![]() |
Proses Pengendalian Aduan | ![]() |
Carta Organisasi | ![]() |
Berita Harian : Suri rumah ditipu rugi RM500,000 |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by Administrator |
Friday, 11 September 2009 12:53 |
22 November 2007
GEORGETOWN: Seorang suri rumah mendakwa kerugian kira-kira RM500,000 selepas ditipu sindiket cabutan bertuah yang dipercayai berpangkalan di Hong Kong untuk menerima hadiah RM1.2 juta, Jun lalu. Bagaimanapun, selepas mendepositkan wang setengah juta ringgit sebagai cagaran dan menunggu kira-kira lima bulan, mangsa yang berusia 30-an bukan saja tidak menerima hadiah dijanjikan, malah cagarannya turut hilang. � Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bayan Lepas di sini, kelmarin. Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan belum ada tangkapan dilakukan. Akibat bimbang dihadapkan di Mahkamah Hong Kong, dia mengikut segala arahan sindiket itu. April lalu, seorang pelajar kolej kerugian RM148,000 selepas mendepositkan wang itu selepas diberitahu dia memenangi hadiah loteri bernilai RM3.2 juta dari sebuah kelab lumba kuda di Hong Kong. � |