Visi & Misi | ![]() |
Fungsi NCCC | ![]() |
Proses Pengendalian Aduan | ![]() |
Carta Organisasi | ![]() |
Berita Harian : RM380j terpaksa dibayar jika tidak naikkan tol |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by Administrator |
Friday, 11 September 2009 12:52 |
23 November 2007
KERAJAAN terpaksa membayar pampasan berjumlah RM380 juta jika kadar tol di sembilan lebuh raya di negara ini tidak dinaikkan mulai awal tahun depan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu. ntara lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Hulu Klang yang perlu dibayar pampasan RM28 juta, Lebuh Raya Utara-Selatan Bahagian Tengah RM18 juta, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson RM178 juta, Lebuh Raya Kulim-Butterworth RM10 juta, Link Kedua Malaysia-Singapura (RM6 juta) dan Jambatan Pulau Pinang RM22 juta, manakala RM75 juta lagi diperuntukkan untuk membayar pampasan kepada Litrak kerana mengurangkan kadar tol daripada RM2.10 kepada RM1.60 yang diluluskan tahun ini, katanya. �Ini semua angka untuk satu tahun saja,� katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2008 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat di sini, semalam. Samy Vellu berkata, walaupun angka kutipan tol yang diterima oleh syarikat konsesi nampak begitu `menarik�, hakikatnya ialah mereka terpaksa membayar hutang kepada bank, selain membayar gaji kakitangan dan menyediakan peruntukan untuk menyelenggara lebuh raya.
|