Visi & Misi | ![]() |
Fungsi NCCC | ![]() |
Proses Pengendalian Aduan | ![]() |
Carta Organisasi | ![]() |
Berita Harian : SURAT Penumpang tak tahu kenaikan tambang LRT |
![]() |
![]() |
![]() |
Written by Administrator |
Monday, 14 September 2009 17:21 |
2 November 2007
Surat� SEBAGAI pengguna LRT yang menggunakan pas bulanan, saya kesal kerana tambang bulanan dinaikkan oleh Rapid KL tanpa notis mencukupi kepada pengguna. Persoalan di sini bukan kerana kenaikan RM10 tetapi kegagalan pihak berkenaan memberi notis lebih awal. Saya berpendapat pihak pengurusan Rapid KL tidak peka dan tersilap langkah dalam perkara ini. Saya yakin pihak pengurusan Rapid KL sedia maklum bahawa pengguna pas bulanan majoritinya adalah daripada pekerja yang mempunyai latar belakang profesional. Pihak Rapid KL perlu lebih peka dengan layanan yang diberikan, bukan sekadar membiarkan pengguna menyedari kenaikan ketika membuat pembayaran. Layanan sebegini seolah-olah menunjukkan bahawa syarikat berkenaan hanya mementingkan soal kenaikan saja tanpa mengambil kira kepentingan pengguna. Pihak pengurusan Rapid KL juga mungkin beranggapan pengguna tidak perlu dimaklumkan dan terpaksa menelan apa saja tindakan mereka. Saya pernah menghubungi pihak 'Talian Bantuan Perkhidmatan Pelanggan' Rapid KL dan diberitahu bahawa pihak pengurusan Rapid KL hanya memaklumkan kenaikan harga melalui sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris saja. Saya berpendapat pihak berkenaan harus menampalkan poster pemberitahuan untuk semua lapisan masyarakat bagi memastikan pengguna dimaklumkan lebih awal. Saya hairan bagaimana pihak pengurusan Rapid KL boleh 'terlupa' untuk memaklumkan kepada umum mengenai kenaikan tambang sedangkan ketua eksekutifnya orang Eropah yang pastinya sedia arif mengenai isu yang membabitkan orang ramai.
|