Thursday, 02 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2007 Harian Metro : Kekalkan harga
Harian Metro : Kekalkan harga PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 17:20

 

PUTRAJAYA: Peniaga yang mengaut keuntungan dengan menaikkan harga beberapa makanan berasaskan tepung seperti roti canai, capati, mi dan mihun, biarpun harga tepung biasa tidak naik bakal berdepan tindakan tegas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal, berkata tindakan menaikkan harga makanan berkenaan tidak munasabah kerana menggunakan bahan tepung biasa dan bukannya tepung serba guna.

"Harga tepung biasa tidak naik dan saya tidak dengar lagi (berhubung kenaikan berkenaan)... jadi saya minta Persatuan Restoran Islam Pulau Pinang berjumpa dengan kami dulu untuk berbincang.

"Jangan nanti bila kita ambil tindakan seperti kes menaikkan harga segelas Milo satu masa dulu, kata kerajaan zalim pula," katanya pada sidang media selepas sambutan Aidilfitri KPDNHEP di kementeriannya di sini, semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan persatuan terbabit mahu harga roti canai dinaikkan daripada 60 sen kepada 80 sekeping bermula bulan ini berikutan kenaikan harga tepung di Semenanjung sebanyak 15 sen sekilogram kepada RM1.35 sekilogram dan di Sabah dan Sarawak pada harga RM1.45 sekilogram berbanding RM1.30 sebelum ini.

Mohd Shafie, kementerian sudah mengadakan perbincangan dengan pengimport tepung gandum yang memberikan jaminan bahawa harga bahan terbabit tidak akan dinaikkan dalam tempoh terdekat.

Beliau juga mengumumkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Deepavali 2007 berkuat kuasa semalam hingga 15 November ini membabitkan 17 barangan keperluan bagi mengelakkan kenaikan harganya.

Antara barangan keperluan yang diwartakan mengikuti skim terbabit, pada 13 November lalu ialah ayam hidup, daging lembu tempatan, daging kerbau import (India), daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang dan telur ayam.