Saturday, 18 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2006 With the rise of fatal accidents in Malaysia, this revelation by PUSPAKOM is indeed very worrying. T
With the rise of fatal accidents in Malaysia, this revelation by PUSPAKOM is indeed very worrying. T PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:31

Harian metro 26/1/2006:
Edisi KL: Pengguna berang penternak `patin babi’ terlepas hukuman

KUALA LUMPUR: Kegagalan pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas terhadap pengusaha ikan air tawar Perak yang menggunakan daging babi rebus sebagai makanan ternakan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pengguna Islam.

Penyelaras Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata pihaknya menerima hampir 50 aduan daripada pengguna yang berang kerana pengusaha tidak bertanggungjawab itu terlepas daripada hukuman akibat kelemahan undang-undang.

“Rata-rata pengadu mengambil berat mengenai senario itu. Mereka tidak mahu kelemahan undang-undang itu dijadikan sandiwara pihak tertentu untuk mengulangi kesalahan sama pada masa depan, atau menjadi ikutan kepada penternak lain yang tidak bertanggungjawab.

“Walhal, kesalahan pengusaha terbabit cukup besar. Mereka mengaut keuntungan tanpa memikirkan sensitiviti umat Islam, dan mengakibatkan penternak lain yang tidak bersalah rugi besar.

“Perbuatan mereka boleh menyebabkan industri ikan air tawar negara lumpuh jika perbuatan seperti itu tidak dibendung akibat kelemahan undang-undang,” katanya semalam.

Harian Metro baru-baru ini melaporkan Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) membongkar kegiatan segelintir pengusaha kolam ikan air tawar di kawasan terpencil di Perak yang menggunakan organ dalaman dan usus babi yang direbus sebagai makanan ternakannya.

Pengusaha tidak bertanggungjawab itu dikatakan memasarkan ternakannya hampir di seluruh negara, selain negara Timur Tengah sebelum dihidu Jaip.

Bagaimanapun, penternak lain yang tidak bersalah menjadi mangsa kerana pengguna Islam mula ragu membeli ikan air tawar terutama patin di pasaran.

Malangnya, hanya Pejabat Daerah dan Tanah Kinta mengambil tindakan mengeluarkan notis usir kerana pengusaha itu beroperasi di tanah haram, sedangkan jabatan lain tiada kuasa bertindak dari segi undang-undang dan hanya boleh meuar-uarkan kepada pengguna.

Noor Nirwandy berkata, PPIM percaya pengenalan Akta Halal boleh membantu mengatasi kemelut seperti itu masa depan.

“Akta halal perlu disegerakan kerana ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal dunia.

“PPIM percaya, biarpun akta ini diperkenalkan, pengusaha bukan Islam tidak akan menjadi mangsa keadaan, kerana sasarannya hanya untuk menghukum mereka yang tidak bertanggungjawab dan tamak mengejar keuntungan.

“Kalau tidak, kejadian seperti itu akan berulang dari semasa ke semasa. Yang jadi mangsa penternak yang tidak bersalah,” katanya.