Monday, 29 Apr 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2006 Bank diarah jangan letak syarat ketat
Bank diarah jangan letak syarat ketat PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 17:23

Berita Harian - 12 September 2006

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan mengarahkan institusi kewangan tidak mengenakan syarat terlalu ketat bagi pembiayaan sewa beli kenderaan sehingga menjejaskan industri automotif negara.


Setiausaha Parlimen, Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata tindakan mengetatkan syarat pinjaman menimbulkan masalah kepada industri automotif terutama penjual kereta terpakai.

“Saya mahu mengingatkan bank yang hendak ketatkan pembiayaan sewa beli kena berhati-hati jangan sampai melumpuh industri kereta terutama kereta terpakai,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau mengulas laporan baru-baru ini mengenai institusi kewangan kini mula mengetatkan polisi pembiayaan sewa beli bagi menangani masalah pinjaman tidak berbayar dan pasaran kereta tempatan yang tidak menentu.

Sejak dua bulan lalu, semua permohonan pinjaman perlu dirujuk kepada Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) selain penilaian kredit swasta Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) dan Financial Information System Sdn Bhd (FIS).


Hilmi berkata, pasaran kereta terpakai yang lembap akan menyebabkan harga kereta terpakai terus susut sehingga merugikan penjual kereta terbabit.

“Langkah bank (mengetatkan syarat) juga akan menjejaskan jualan kereta baru kerana pengguna akan menjual kereta lama mereka untuk membeli kereta baru,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Hilmi berkata, meminta bank menggunakan sistem CCRIS yang lebih kerap dikemaskinikan berbanding CTOS dan FIS.

"Kita terima rungutan mengenai CTOS dan FIS tidak dikemaskinikan. Kadang-kadang, ada peminjam sudah melunaskan hutang tetapi rekod mereka tidak bersih yang menghalang mereka membuat pinjaman baru," katanya.