Monday, 29 Apr 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2006 Berita Harian - Pakej motosikal, topi keledar membebankan
Berita Harian - Pakej motosikal, topi keledar membebankan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 16:48

Berita Harian - 12 September 2006 

ARAHAN Kabinet mewajibkan semua pembelian motosikal baru dipakejkan dengan dua topi keledar perlu dikaji semula. Arahan ini tidak wajar diiwajibkan kepada semua pembelian motosikal baru memandangkan ramai pengguna yang menjual beli motosikal lama sudah ada topi keledar yang masih boleh digunakan

Begitu juga apabila ini diwajibkan, pengguna tiada hak untuk membuat pilihan dan pakej itu menawarkan topi keledar bermutu rendah dan pengguna terpaksa membayar lebih.

Menteri perlu fikir mereka yang menggunakan motosikal adalah daripada pengguna berpendapatan rendah dan arahan ini secara langsung membebankan mereka dan menguntungkan syarikat pengeluar.

Ia bukannya langkah mengatasi masalah pengguna tidak pakai topi keledar. Kadar 30 peratus daripada 3,300 kes kemalangan maut seluruh negara tahun lalu yang membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal di luar bandar tidak memakai topi keledar bukanlah satu kayu pengukur atau alasan kukuh untuk mewajibkan pakej ini.

Saya kira pengguna yang terbabit kemalangan ini bukan tiada topi keledar tapi malas nak pakai kerana tiada polis mengambil tindakan menyaman di kawasan berkenaan. Lihat di beberapa taman perumahan di sekitar bandar pun berlaku juga masalah tidak pakai topi keledar. Contohnya di kawasan Taman Medan, Taman Lindungan, Taman Datuk Harun Jalan Klang Lama dan Petaling Jaya, masih ramai penunggang dan pembonceng motosikal tidak memakai topi keledar khususnya remaja.

Saya dapati kawasan berkenaan mempunyai pondok polis tetapi tiada seorang pun anggota polis yang menahan penunggang terbabit. Kesimpulannya, saya berpendapat arahan ini perlu dikecualikan bagi pengguna yang sudah ada topi keledar.

Bagi pengguna yang baru membeli motosikal perlu diberi hak memilih harga, kualiti dan kedai mana mereka hendak beli, dengan kata lain pengguna diberikan kebebasan hak tanpa paksaan yang menguntungkan syarikat pengeluar topi keledar untuk mengatasi kemalangan.

Apa yang paling penting kerajaan perlu memantau untuk memastikan kualiti topi keledar benar-benar menjamin keselamatan pengguna.

ISMAIL ABDUL AZIZ,
Timbalan Setiausaha Agung,
ERA Consumer Malaysia.