Thursday, 02 May 2024
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2006 Utusan Malaysia - Harga siling ayam turun
Utusan Malaysia - Harga siling ayam turun PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 16:13

Utusan Malaysia - 29 September 2006 

PUTRAJAYA – Harga siling ayam diturunkan kepada RM6.05 sekilogram daripada RM6.70 berkuatkuasa esok.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shafie Apdal berkata, keputusan itu dicapai pada pertemuan beliau dengan Pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (PPPM), Yap Kim Hwah hari ini.

Sebelum ini harga maksimum ayam super (dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) di bawah skim kawalan harga musim perayaan 2006/2007 bagi tempoh sehingga 31 Oktober ini ditetapkan pada RM6.70 sekilogram (sekg).

Harga siling ayam standard turut diturunkan kepada RM5.40 sekg daripada RM6.

“Dengan penetapan harga baru ini, harga yang telah ditetapkan sebelum ini untuk dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali dan Hari Raya Puasa 2006 adalah dibatalkan,” kata Shafie kepada pemberita.

Katanya, dengan harga siling itu, peniaga boleh menjualnya lebih murah daripada harga yang ditetapkan tetapi tidak dibenarkan menjual melebihi harga tersebut.

Beliau berkata, keputusan menurunkan harga siling ayam adalah sejajar dengan usaha kementerian memenuhi kehendak semasa industri dan pasaran terutama ketika musim perayaan.

Menurutnya, pandangan dan keluhan PPPM yang mewakili pemborong dan pembekal ayam diambil kira kerana mereka terpaksa menampung kerugian apabila harga menjunam kerana faktor serangan wabak penyakit yang berlaku tidak lama dulu.

– Bernama