Thursday, 11 Jun 2026
You are here: Home NCCC di Pentas Media Pentas Media 2005 Berita Harian : AirAsia beri konsesi untuk pelajar
Berita Harian : AirAsia beri konsesi untuk pelajar PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 10 September 2009 14:54
 
JELI: Kerajaan bersetuju dengan tawaran syarikat penerbangan AirAsia (AirAsia) yang menawarkan konsesi tambang murah dua hala kepada pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, berkata pada masa sama Kabinet juga mengarahkan Sistem Penerangan Malaysia (MAS) mengkaji cadangan seperti itu.

Beliau berkata, ketika ini tambang ke destinasi berkenaan menyamai tambang penerbangan biasa serta membebankan pelajar IPT dan ia selalu dibangkitkan oleh perwakilan pelajar di IPT berkenaan.

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sudah meminta pengurangan tambang itu ketika mengadakan perbincangan dengan pengurusan Air Asia.

“Kita bersyukur dan berterima kasih kerana secara prinsip cadangan itu dipersetujui Air Asia, sekali gus akan diperkenalkan dalam tempoh terdekat ini,” katanya selepas merasmikan program Jelajah Motivasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2007, di Darul Falah, dekat sini, semalam.

Program selama lima hari itu dan ketiga dilancarkan tahun ini selepas di Keningau dan Membakut, Sabah disertai 33 pelajar UMS termasuk 19 pelajar dari negeri itu. Hadir sama Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohd Noor Dalimin.

Mustapa berkata, kini 13,000 pelajar dari semenanjung melanjutkan pelajaran di UMS dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas). Jumlah itu tidak termasuk mereka yang belajar di polikteknik dan IPT lain.

Bagaimanapun, katanya, jumlah pelajar dari Sabah dan Sarawak yang belajar di Semenanjung kini didapati semakin meningkat.

“Oleh itu, saya berharap dengan adanya tambang khas yang akan diperkenalkan itu, beban tambang pelajar Semenanjung yang belajar di Sabah dan Sarawak atau sebaliknya dapat diatasi,” katanya.

Beliau berkata, paling penting langkah itu, sekali gus dapat menggalakkan lagi pembentukan intergrasi nasional antara pelajar Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak