Sunday, 23 Jun 2024
You are here: Home Consumer ALERT Consumer Alert : Pemain baru dalam arena gores dan menang
Consumer Alert : Pemain baru dalam arena gores dan menang PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:32

RegionHub Solution 36-1 Jln Metro Perdana Barat 2, Taman 'Wan Kepong Kuala  Lumpur  saya telah diberitahu memenangi hadiah kereta perdana dalam peraduan beli dan menang RM1juta-setelah mengoyak kan voucher yang diberi semasa pergi membeli belah di Econsave Cheras Selatan oleh 2 org lelaki cina 18thn/awal 20an.Mulanya saya tak layan dan bila dipaksa koyakkan voucher, budak cina tu dengan seronok mengatakan saya menang kereta dan dia akan mendapat bonus RM3000 sebagai insentif padanya.

Dia menyuruh saya membawanya ke office tetapi saya menolak dan akhirnya dia dengan rakan supervisor nya
menyuruh saya mengikut mereka dengan kereta ke office di jalan klang lama. Kereta mereka JKJ4613 mYVi silver.sampai dioffice ditingkat satu, saya difahamkan yang ia baru berpindah kesitu jadi tiada talian telephone lagi
dan office nampak kecil, yang membuat kan saya was-was.
Saya diberitahu kemudian yang saya telah memenangi salah satu dari hadiah yang disediakan dan perlu memilih lagi 4 slip voucher dan sekiranya memenangi kereta saya diperlukan membuat iklan rm4000 didlm paper sebagai pemenang.saya meragui tetapi disuruh untuk memberikan kad kredit hanya sebagai verification/kena sign untuk difaxke main office dan hanya perlu bayar setelah menang dan menerima hadiah saja.
Kemudian setelah voucher dipilih dari 4 tadi, saya diberitahu hanya memenangi barangan seperti machine urut kaki/water filter dan 2 lagi. saya tak puas hati kerana terasa tertipu dan menyuruh mereka cancelkan payment untuk iklan dan tidak mahu mengambil barangan tersebut dan mengoyakkan surat akuan untuk membuat iklan tersebut dan menyuruh mereka cancelkan slip credit card tadi yang mana mereka koyakkan juga slip credit card tetapi bila saya call bank, card saya telah dicajkan dan tidak boleh cancel dan saya perlu call merhant company tersebut untuk cancel. saya call Main Office tetapi tak berjawab, pergi ke econsave tetapi tak nampak mereka lagi..
oleh itu saya nak memfailkan complaint tuntutan terhadap duit RM4100 yang telah dibayar dengan penipuan yang mengelirukan.

 



Pengarah NCCC : Pengguna dinasihatkan agar tidak diperdaya olen agen-agen syarikat penyangak ini. Lindungilah diri sendiri.

 

22 May 2008