Friday, 29 Mar 2024
You are here: Home Consumer ALERT Consumer Alert : Waspada sindiket SMS tipu guna nama Petronas, MAS
Consumer Alert : Waspada sindiket SMS tipu guna nama Petronas, MAS PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:22

ORANG ramai perlu berwaspada apabila menerima SMS yang menyatakan bahawa anda adalah salah seorang yang telah memenangi hadiah lumayan berbentuk wang tunai.

Bagi mendapatkannya anda hanya perlu mendailkan nombor telefon 0062..........

Ayat yang tertera pada SMS anda berbunyi begini: “Tahnia. Simcard Anda m-menangi Wang RM11000 from PETRONAS MAS MALAYSIA: sila dail nomber Telipon office:006281......Trimah kasih.’’

Cara penyusunan ayat yang kelam-kabut dan kesilapan ejaan membuktikan bahawa ia satu penipuan oleh sindiket yang tidak bertanggungjawab.

Nombor telefon yang diberikan itu pula adalah dari talian luar negara. Jika kita melayan nombor yang tertera dengan menghubungi mereka sudah tentu kita diminta mendepositkan sejumlah wang tertentu sebagai syarat untuk mendapatkan hadiah itu.

Diharap pihak yang bertanggungjawab memantau sindiket seperti ini kerana ia telah lama berlaku dan ramai yang terpedaya dengan iklan dan janji manis yang boleh mengakibatkan kerugian sehingga ratusan ribu ringgit dalam masa sekelip mata.

Pertama, dengan memintas serta menyekat infoline transaksi penghantaran wang yang meragukan nombor akaunnya.

Kedua, memberkas individu dalam sindiket yang cuba menjalankan perniagaan cara penipuan seperti ini.

Ketiga, ambil tindakan segera jika ada aduan yang dibuat berhubung dengan penipuan. Ini kerana ia bukan setakat menjalar menerusi SMS malahan melalui Internet seperti tawaran hadiah atau apa juga pelaburan yang melibatkan wang. Pejabat operasi sindiket ini tidak diketahui kedudukannya tetapi yang pasti ia berada di luar negara.

Pihak Petronas dan Penerbangan Malaysia hendaklah juga mengambil tindakan sewajarnya agar sindiket berkenaan tidak menggunakan nama syarikat berkenaan untuk tujuan penipuan dengan sewenang-wenangnya.

– SYED ABDULLAH JAMALULLAIL,

Ampangan, Seremban