Padah Tidak Pulang Deposit Pelangan |
Written by Administrator |
Monday, 14 September 2009 11:58 |
KOSMO - 1 APRIL 2006 KUALA LUMPUR – Sikap sambil lewa sebuah agensi pelancongan, Andalas Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak memgembalikan wang deposit walaupun telah membatalkan pakej pelancongan telah menerima padah daripada Tribunal Tuntutan Penguna Malaysia yang mendengar kes tersebut kelmarin. Pada 18 September lepas, Yap Wei Min bersama tiga rakannya itu telah membayar wang deposit RM2,000 daripada keseluruhan harga pakej berjumlah RM7,720 kepada Andalas Travel & Tours Sdn. Bhd yang terletak di Plaza Berjaya, Jalan Imbi untuk pakej ke Shanghai, China yang dijadualkan pada 7 Januari yang lalu. Bagaimanapun, dua minggu sebelum mereka berlepas the Shanghai, syarikat tersebut telah membatalkan pakej itu atas alasan tidak mendapat sambutan. Walaupun Wei Lin bersama rakan-rakanya telah menandatangani borang pembatalan pakej pada 24 Disember tahun lalu, agensi tersebut masih belum memulangkan wang deposit mereka. Ini mendorong Wei Lin dari Taman Kok Lian , Jalan Ipoh memfailkan tuntutanya daripada RM25,000 kepada RM50,000. |
NCCC NEW OFFICE
National Consumer Complaints Centre | |||||||||||
|