Diarah pulangkan RM10,000 |
Written by Administrator |
Monday, 14 September 2009 11:56 |
Kosmo - 5 April 2006 SHAH ALAM – Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Shah Alam telah mengarahkan sebuah syarikat pengedar kereta, Auto Bavaria Sdn. Bhd. memulangkan deposit RM10,000 kepada Jee Chek Hwang yang membatalkan pembelian sebuah kereta BMW 320 yang dibuat pada 22 Jun lalu disebabkan dia berjaya memiliki sebuah lot kedai bagi menjalankan perniagaan baru yang selama ini diimpikannya. Keputusan itu telah membuat Auto Bavaria tercabar lantas enggan memulangkan kembali wang dengan deposit sejumlah RM10,000 kepada Chek Hwang.Dalam penbelaannya, Auto Bavaria mendakwa, akibat sikap berdolak-dalih Chek Hwang, Auto Bavaria mengalami kerugian dari segi kos pengurusan, pembiayaan, pengankutan serta pendaftaran nombor kereta berkenaan yang ditaksirkan berjumlah RM20,000. Dalam kes tersebut, Auto Bavaria telah menawar kepada penuntut supaya membeli model kereta yang lain di syarikat itu dalam tempoh 12 bulan dari tarikh tempahan. Ia adalah alternatif syarikat itu untuk tidak memulangkan deposit yang telah di beri oleh penuntut. Bagaimanapun, pembelaan yang dibuat Auto Bavaria gagal meyakinan Presiden TTPM Shah Alam, Hussain Mohd. Dewa kerana kerugian yang dinyatakan adalah tidak munasabah. Justeru, syarikat itu telah dikenakan award untuk membayar sebanyak RM10,000 kepada penuntut dalam tempoh 14 hari dari tarikh perbicaraan. |
NCCC NEW OFFICE
National Consumer Complaints Centre | |||||||||||
|