| ADUAN MINGGU INI - BARANGAN SAMPLE |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Monday, 14 September 2009 11:10 |
|
BARANGAN SAMPLE Aduan telah diterima oleh pihak NCCC berkaitan dengan barangan yang dilabelkan sebagai barang ‘sample’ telah dijual kepada pengguna di sebuah pasaraya besar. Pengadu telah berkunjung ke sebuah pasaraya untuk membeli lampin pakai buang anak beliau. Pasaraya tersebut telah menjual lampin pakai buang berjenama tersebut pada harga yang 99 sen sekeping. Setelah membeli 10 keping lampin pakai buang, beliau mendapati bahawa ada tanda ‘sample’ pada bungkusan pek lampin tersebut. Pada pengamatan beliau, lampin pakai buang tersebut telahpun dijual kepada orang ramai untuk beberapa waktu kerana hanya tinggal beberapa pek sahaja lagi. Memandangkan lampin pakai buang tersebut adalah barang yang dikhaskan sebagai ‘sample’, maka adalah tidak wajar untuk dijualkan kepada pengguna kerana pasaraya tersebut boleh mendapat keuntungan bersih dari menjual barang-barang tersebut dan perbuatan ini adalah tidak adil untuk para pengguna. Beliau telah meminta NCCC untuk mendedahkan tindakan pasaraya tersebut agar perkara ini tidak akan berulang. TINDAKAN NCCC NCCC telah menulis surat rasmi kepada pasaraya tersebut dan menyuarakan rasa tidak wajar dan beretika bagi pasaraya tersebut menjual barangan yang dilabelkan sebagai ‘sample’ kepada para pengguna. Kami meminta mereka agar pasaraya tersebut berhenti segera daripada menjual barang tersebut dan memberi penjelasan berkenaan perkara ini. Pihak pasaraya tersebut telah berterima kasih kerana mengutarakan perkara ini kepada mereka dan mereka akan mengambil tindakan yang sewajarnya agar barang-barang ‘sample’ tidak bercampur dengan barang-barang untuk dijual dan seterusnya dijual kepada para pengguna. NASIHAT NCCC Penjualan barangan yang telah dilabelkan sebagai ‘sample’ adalah tidak beretika. Para pengguna harus prihatin tentang barang-barang yang dibeli oleh mereka agar mereka tidak tertipu oleh para peniaga. Sekiranya mereka mendapati terdapat peniaga yang menjual barang-barang ‘sample’, sewajarnya mereka membawa perkara ini kepada pihak pengurusan supaya perbuatan tersebut dapat diberhentikan dengan segera. Mereka juga boleh membuat aduan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil. |
| Last Updated on Monday, 14 September 2009 11:13 |
NCCC NEW OFFICE
| National Consumer Complaints Centre | |||||||||||
|
Arkib Aduan Pengguna 





