|
Aduan : TIADA CIRI KESELAMATAN |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 14 September 2009 11:06 |
|
NCCC telah menerima satu aduan daripada seorang pengguna di mana beliau telah kehilangan sebuah video kamera ketika mengunjungi restoran Nandos di Jaya Jusco, Melaka. Pada masa kejadian tersebut, Pengadu telah menjamu selera di restoran berkenaan dan hanya menyedari kehilangan video kamera tersebut setengah jam setelah meninggalkan restoran tersebut. Pengadu mengesyaki bahawa kamera video milik beliau telah tertinggal di restoran tersebut. Dengan segera, Pengadu telah kembali ke restoran tersebut dan hasilnya amat mengecewakan bilamana video kamera milik Pengadu tidak dijumpai. Pengadu cuba bertanya kepada staf dan juga pengurus restoran tersebut samada mereka ada melihat atau telah menyimpan video kamera tersebut, hasilnya juga mengecewakan. Kecewa dengan perkara yang berlaku, beliau telah meminta bantuan NCCC. TINDAKAN NCCC NCCC telah menulis surat rasmi kepada pemilik syarikat berkenaan dan mengemukakan aduan yang dibuat oleh pengguna tersebut. Pihak NCCC memberi tempoh 7 hari kepada pihak restoran untuk memberikan penjelasan tentang tindakan mereka itu. Sekiranya gagal berbuat demikian, pihak NCCC akan menasihatkan pengguna untuk membawa masalah itu kepada Tribunal Tuntutan Pengguna untuk diselesaikan. Beberapa hari selepas itu, pihak restoran tersebut telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah tersebut sesama sendiri di luar tribunal. NASIHAT NCCC Sememangnya setiap orang bertanggungjawab untuk menjaga dan memelihara harta dan kepentingan masing-masing. Tidak wajar untuk menyalahkan pihak-pihak lain sekiranya pemilik harta tersebut cuai dan dengan sengaja menggalakkan orang lain untuk mengambil harta tersebut. Untuk situasi di atas, pihak restoran tersebut ada menyatakan bahawa memang tiada peruntukkan undang-undang yang mewajibkan restoran makanan untuk memasang CCTV. NCCC berpendapat bahawa masalah ini akan dipermudahkan sekiranya staf-staf di restoran tersebut dilatih dengan sikap jujur dan amanah dalam menghadapi masalah sedemikian sekiranya berulangnya kejadian seperti ini. Cara ini lebih menjimatkan dan effektif.
|