Thursday, 11 Jun 2026
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2005 - 2008 P-S Scratch & Win Complaint - New Scratch and Win Scammer called Regionhub Solution
Complaint - New Scratch and Win Scammer called Regionhub Solution PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 11 September 2009 10:54

Saya diberi satu keping kad gores dan menang dan disuruh koyakkan kad itu oleh seorang perempuan Cina, Carmen Lim(tel 016-2492289) namanya, di tempat letak kereta di Carrefour Wangsa Maju. Saya diberitahu kemudian telah memenangi sebuah Perdana V6. Saya tak percaya dan dibawa berjumpa LEE (tel no 012-5219223) lebih kurang pukul 6.30pm setelah dipujuk oleh Carmen Lim dan seorang kawan Cina Carmen di sebuah pejabat berhadapan Carrefour Wangsa Maju. Carmen dan kawannya sangat gembira kerana mereka kata mereka akan dapat RM3,000.00 bonus.

LEE pegang satu sampul dan kata saya telah menang salah satu hadiah : sebuah kereta Perdana, sebuah motosikal, alat elektrk rumah atau RM6,000.00 LEE kata saya kena bayar kos iklan sebanyak RM4,000.00 sekiranya saya dapat Perdana. Saya ragu-ragu dan disuruh beri kredit kad untuk verification (perkara ini saya telah lupa semasa buat lapuran polis).

Saya dikenakan RM4,100.00 kerana guna kredit kad. Saya guna kredit kad sebab saya rasa saya boleh menahan payment RM4,100.00 sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini.

Saya didapti dapat satu water purifier, satu alat urut kaki dan satu kipas purifier. Saya rasa tertipu dan tolak. LEE cakap dia ada agen untuk jualkan tiga jenis barang ini dengan harga RM6,300.00. yang akan datang pada 03-06-08. LEE kemudian bagi saya \'invois\' (foto copy) atas nama MK SUTERA ENTERPRISE. Saya pasti saya tertipu. LEE kemudian bagi saya saguhati berupa alat massage brand DIVERSE model PM7307. Apa yang LEE tulis atas \'Invois\' palsu, MK SUTERA ENTERPRISE ialah satu unit PM7307.LEE janji telefon saya pada Selasa 03-06-08.

Saya telefon bank yang berkenaan pada hari kejadian pukul lebih kurang 8.30pm untuk tahan bayaran RM4,100.00 kepada REGIONHUB SOLUTION, 36-1 Jalan Metro Perdana Barat 2, Taman U\'Wan, Kepong. Pegawai-pegawai kata mereka tidak boleh buat begitu dan suruh saya buat \'Dispute Transaction\' hanya REGIONHUB SOLUTION buat \'posting\'.

Saya pergi buat lapuran polis di Balai Polis Setapak TEL 03-4023 2222 pada Ahad 01-06-08. Insp Nailah (Sentul) tel : 03-4042 2222 ext 4412 atau 4433 suruh saya buat lapuran dan tuntutan kepada KPDN tel 03-4045 4555 dan Tribunal Tuntutan Pengguna, tel 03-4042 3058 / 4042 4194. Ref : TTPM-WP(B) 794-08

Saya buat aduan tuntutan RM4,100.00 yang telah saya bayar melalui penipuan ini.